Pernahkah anda mendengar nama Buddypress? Ianya bermula dengan platform WordPress (self-hosted). Dengan WordPress anda boleh memiliki sistem CMS yang boleh dibina sebagai Social Websites (seperti Friendster, Myspace, Facebook dan lain-lain). Pada hari ini, WordPress kaya dengan themes serta plugin yang percuma dan membolehkan anda bina apa saja jenis laman web atau blog.
Tetapi WordPress juga mempunyai limit-nya yang tersendiri (namun boleh diselesaikan dengan cara custom-coding). Dengan limitnya itu, anda masih boleh jadikannya sebagai laman web Social seperti Myspace, Friendster atau Facebook. Namun, ianya tidak-lah selengkap aplikasi yang ada pada Facebook. Anda boleh bina komuniti anda sendiri dalam skala yang kecil hingga sederhana dengan menggunakan Buddypress ini.
Di dalam post ini, aku akan senaraikan Apakah Buddypress, Cara-cara Menggunakan Buddypress, Cara-cara Install Buddypress, serta asas-asas lain untuk menggunakan Buddypress. Amat sesuai jika anda seorang Beginner ataupun Professional (tapi anda perlukan basic dengan menggunakan WordPress sahaja).
Apakah Itu Buddypress?

Dengan pakej Buddypress, anda mendapat 8 (lapan) plugin yang akan berfungsi sebagai laman web Social dan boleh digunakan dengan platform WordPress biasa atau WordPress MU (multi-user). Setiap plugin tersebut mempunyai ciri-ciri canggih yang berlainan antara satu sama lain. Anda boleh aktifkan kesemua plugin-plugin ini ataupun sesetengah sahaja mengikut kehendak laman web Social anda nanti.
Buddypress Download Package
Senarai pakej plugin di dalam Buddypress:
- Extended Profiles
- Private Messaging
- Friends
- Groups
- Activity Streams
- Blog Tracking
- Forums
Buddypress Downloads, Demo dan Documents
- Download Buddypress
- Download WPMU
- Buddypress Demo
- Buddypress Codex (sesuai untuk WordPress designer / WordPress developer)
- Buddypress Plugin
Video: Introduction to Buddypress Video
Video: Introduction Buddypress from WPMU.org
Cara-cara Untuk Install Buddypress Untuk Beginner

Anda boleh lawati laman web rasmi Buddypress untuk Tutorial Cara-cara Install Buddypress. Caranya amat ringkas dan anda boleh lakukannya tanpa perlukan bantuan hal teknikal (seperti coding).
10 Langkah Cara-cara Install WordPress MU

Tutorial ini berkongsi 10 Langkah Mudah Untuk Install WordPress MU ke dalam hosting anda. Langkah ini lebih mudah daripada single-user WordPress (yang biasa anda gunakan) dan WordPress MU ini tidak perlu di-ubah file CONFIG langsung.
Tutorial lain yang berkaitan:
Cara-cara Install Buddypress Secara Localhost

Tutorial ini dipetik daripada laman web Buddypress Codex. Mula-mula, anda akan install WPMU kemudian cara-cara untuk memasukkan Buddypress ke dalam WPMU tadi dan cara-cara untuk aktifkan plugin / component di dalam Buddypress tersebut. Jika anda pengguna MAC, lihat video dibawah ini:
Install Buddypress Secara Offline Menggunakan MAC OS
Cara-cara Install Buddypress (Tutorial Bina Laman Web Social Network)
Buddypress Themes
Buddymatic – Buddypress Theme Framework

Details berkenaan theme Buddymatic.
Cosmic Buddy
Ines
BP Nicey
Spyker
Solitude
Detox

Darkpress Theme

Bleeding Theme

New Yorker

Facebuddy

Shouty Theme

Service Daripada Baloot
Anda inginkan laman web Social Network anda sendiri dengan kos yang rendah? Anda boleh mendapatkan perkhidmatan membina laman web seperti Friendster, Facebook, atau Myspace daripada Baloot. Hubungi Baloot sekarang. :)
Related Post With WordPress:
- 10 Tutorial Untuk Website Developer Merekabentuk Blog WordPress
- 10 Teknik dan Idea Untuk Design Footer Pada Websites dan Blog
- 8 WordPress Theme Percuma Untuk Bina Blog Sebagai Galeri Foto atau FotoBlog
- 8 Sumber Tutorial Untuk Pengguna Baru Blog WordPress (Beginners Guide)
- 10 Plugin Untuk Jadikan Blog WordPress Sebagai Portfolio Websites
- 10 Perkara Anda Perlu Lakukan Selepas Install WordPress Blog (Self Hosted Blog)













{ 10 comments… read them below or add one }
bEST NI BRO………………..
BERAPA YA………………. SAYA RASA NAK BUAT KOMUNITI UNTUK STUDENT SAYA…………. TUISYEN ONLINE…… ;)
wow menariknye! sat gi semua orang bleh bukak facebook… hohohohoho
wauu..tutorial yg sangat lengkap…
Bole buat utk geng2 ofis ni..
tetibe rasa berpinau baca neh.. hahaha aku sangat noob. memang tak pandai langsung pasal web developers. cuba jugak belajar. tak pe dah bookmark. nanti aku semak balik. anyway.. nice article bro. thanks~
muahahahha..sesape yg suke develop social site ni mmg feveret ni.
so ni utk pengguna wp je la ek bro?
wah, menarik ni. tapi aku nak wat komuniti apa yer. hehe
uiks, bro…cam mana nak buat button retweet, share n buzz kat tepi tu?
haha.. caya la bat.. bleh la ajor aku.. btw aku pun gune buddypress kat http://mydslr.nasz.my
oic, thanks bro. :)