Anda baru sahaja selesai Install WordPress menggunakan cara 5 minit yang digunakan oleh para WordPress developer? Apa yang perlu anda lakukan selepas itu? Ubah theme? Install plugin?
OK, sekarang aku akan berkongsi tips yang perlu anda lakukan selepas Install WordPress (hanya self hosted domain). Jika anda merupakan orang yang dah lama menggunakan WordPress, sudah pasti cara-cara ini sudah pun menjadi perkara biasa bagi anda. Post aku pada kali ini hanya sesuai untuk orang baru dalam dunia WordPress. Hee..
Lakukan perkara-perkara berikut mengikut turutan supaya tidak memeningkan kepala anda:
1- Menukar Password Admin dan Menukar Author
Selepas anda install WordPress menggunakan cara 5-minit tersebut, WordPress akan bagi password kepada anda. Password tersebut merupakan jenis yang amat susah untuk di-ingat. Jadi apa yang anda perlu lakukan, tukar password tersebut kepada password pilihan anda sendiri.
Klik pada SETTINGS -> USERS untuk menukar Author. Jangan letak nama ADMIN kerana nama ini sangat mudah untuk di-hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda juga boleh register beberapa Author yang lain sekiranya blog anda mempunyai ramai penulis blog. :)
2- Tukar URL Kepada Jenis SEO
Secara defaultnya, URL artikel yang anda tulis adalah:
http://blog.balootisme.com/?243
Struktur URL yang sedemikian adalah lemah dari segi SEO dan susah untuk mendapat tempat di Google atau mana-mana search engine yang lain. Anda perlu menukar URL tersebut kepada:
http://blog.balootisme.com/cara-cara-untuk-install-blog-wordpress
Nampak perbezaannya? Untuk lakukan ini, apa yang anda perlu lakukan:
- Klik pada SETTINGS -> PERMALINKS
- Dibawah COMMON SETTINGS, pilih CUSTOM STRUCTURE
- Masukkan %postname%/ di dalam ruangan kosong di bawah berkenaan
- Atau anda boleh masukkan %category%/%postname%/ ; ini adalah sama dengan cara yang aku gunakan

Penerangan lanjut berkenaan SEO di JurnalSEM. Atau dapatkan eBook Panduan SEO untuk WordPress.
3- Upload Theme dan Aktifkan Theme
Anda boleh download theme WordPress secara percuma atau beli theme premium di Woothemes. :)
Unzip theme yang anda download tersebut dan upload theme tersebut kedalam WP-CONTENT -> THEMES menggunakan FTP seperti FileZilla. Selesai upload, aktifkan theme tersebut di APPEARANCE -> THEMES (anda hanya perlu klik pada gambar theme tersebut.
4- Masukkan Kategori Blog dan Tukar Default Kategori
Selepas anda install WordPress, secara default-nya kategori yang digunakan jika anda tidak pilih mana-mana kategori adalah UNCATEGORIZED. Anda boleh menukar default kategori kepada apa-apa sahaja yang anda mahu, contohnya seperti BLOG / TUTORIAL / PERSONAL / UMUM. Pilih mana-mana satu yang anda rasa sesuai untuk blog anda atau guna mengikut idea anda. Feel free to choose.
Untuk lakukan ini:
- Klik pada POSTS -> CATEGORIES
- Cari link UNCATEGORIZED dan klik pada link tersebut, tukar kepada UMUM atau apa-apa sahaja
- Masukkan kategori-kategori blog anda yang lain, kalau kat Baloot’s Blog ini antara kategori yang aku gunakan adalah seperti TUTORIAL, ADOBE PHOTOSHOP, JOOMLA, WORDPRESS
5- Aktifkan Plugin Akismet
Akismet merupakan satu plugin untuk menyekat semua SPAM COMMENT di dalam blog anda yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Jika blog anda masih lagi baru, mungkin tidak banyak SPAM yang anda terima. Tapi tidak semestinya juga. Bergantung kepada topik blog anda sebenarnya. Hee.. Kalau Baloot’s Blog, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada SPAM COMMENT. Untuk aktifkan plugin ini, anda perlu register sebagai ahli di WordPress.com terlebih dahulu. Pendaftaran adalah PERCUMA. Ini untuk mengambil API KEY untuk aktifkan plugin Akismet ini pada laman PROFILE.

- Klik pada PLUGINS dan aktifkan plugin Akismet tersebut
- Selepas anda klik aktifkan, satu menu akan keluar untuk anda masukkan API KEY daripada WordPress.com
- Masukkan API KEY pada PLUGINS -> AKISMET CONFIGURATION
Kini blog anda telah selamat daripada SPAM COMMENT.
6- Instal Plugin Google XML Sitemaps
Google XML Sitemaps merupakan satu plugin untuk buat Sitemap jenis XML untuk blog WordPress anda. Ini membolehkan search engine seperti Google, Yahoo atau MSN untuk INDEX blog anda. Setiap post terbaru akan di-index oleh search engine ini dan ini memberi kelebihan kepada anda seperti mendapat ranking yang lebih tinggi di Google.
Download plugin Google XML Sitemaps
Sekarang lawati Google Webmaster Central dan login ke akaun Google anda. Dalam page pertama, anda perlu VERIFY laman web anda terlebih dahulu. Ikuti arahan yang telah disediakan. Kemudian klik ADD SITEMAP pada page pertama tadi dan masukkan URL sitemap anda, biasanya URL untuk sitemap adalah seperti:
http://blog.balootisme.com/sitemap.xml
7- Install Plugin WordPress Database Backup
Download plugin WordPress Database Backup. Plugin ini untuk buat backup kesemua database yang anda gunakan untuk blog WordPress anda. Ini adalah perkara yang paling penting sekiranya terjadi apa-apa masalah teknikal yang tidak di-ingini.

8- Test Content Blog Post Menggunakan Dummy Content
Anda baru sahaja selesai Install Theme baru, sudah tentu anda mahu test kedudukan atau aturan post anda terlebih dahulu seperti kedudukan gambar, kedudukan text dan sebagainya. Anda boleh download file dummy content tersebut di WP CANDY SAMPLE POST.
Untuk import sample post ini, klik pada TOOLS -> IMPORT -> WORDPRESS dan ikut arahan yang diberi. Blog anda akan publish post-post tersebut dan sekiranya anda berpuas hati, anda boleh delete kesemua post dan kategori yang dibuat oleh dummy content ini.
9- Masukkan RSS Feed Blog ke Feedburner
Untuk edit RSS blog anda, klik pada SETTINGS -> READING dan anda boleh pilih berapa banyak post yang anda mahukan di dalam RSS Feed anda. Samada full post atau summary.
Sekarang lawati Feedburner untuk memuatkan RSS Feed anda tersebut. Feedburner juga menyediakan perkhidmatan untuk automatik ping RSS Feed anda sekiranya terdapat post terbaru dan juga membaca RSS Feed melalui email. Contoh RSS Feed di Baloot’s Blog ini:

Selepas anda register Feedburner, tukar link RSS Feed pada theme anda. Masukkan code dibawah pada bahagian HEADER.PHP blog anda, klik pada APPEARANCE -> EDITOR. Cari head dan masukkan code ini selepas head:
<link rel="alternate" type="application/rss+xml" title="Feed Title" href="YOUR FEEDBURNER URL" />
Pastikan anda memasukkan code diatas sebelum /head.
10- Aktifkan Google Analytics atau WordPress.com Stats
Anda boleh track pelawat yang datang ke blog anda menggunakan plugin WordPress.com Stats. Atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google sendiri iaitu Google Analytics.
Photo Credit: ProBlogDesign
Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang tips WordPress diatas? Kemukakan di bahagian ruangan komen dibawah. Jika anda mempunyai tips-tips yang lain berkenaan perkara penting selepas Install WordPress, boleh kongsikan bersama dengan Baloot’s Blog dan aku akan update post ini. :)


{ 61 comments… read them below or add one }
Huyyoooh!!! Bagus betul penerangan ini! Hampir separuh dari perkara di atas memang aku tak tahu! Thnaks bro!
@wanwma, Terima kasih.. :) Ada apa-apa masalah semasa buat perkara diatas, boleh luahkan diruangan komen ni ye bro. :)
Salam, bagus tip-tip yang diberikan.
Saya ingin bertanya tentang tip ke-2.
Saya pernah mencuba untuk tukar URL kepada jenis SEO. Tetapi memandangkan blog saya sudah beberapa tahun beroperasi, ia menyebabkan banyak link yang terjejas, termasuk untuk ruangn “read more” dan “comment”.
Ada cara penyelesaian tak?
@Afyan, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tips-tips Wordpress diatas. :)
Berkenaan masalah yang Afyan hadapi tu, sekarang blog Afyan menggunakan URL jenis default. Dan bro Afyan boleh menukar link kepada jenis SEO. Tak perlu risau berkenaan post-post yang lepas. Takde jejas apa-apa pun setahu aku. Hee..
Cubalah..
Kalau ada apa-apa masalah semasa untuk SET PERMALINKS tu, boleh bagitau aku. :) Masalah yang biasa timbul adalah berkenaan .htaccess, kena set permission kepada 666.
salam bro..aku ada masalah dengan set permalink.masalah dkt .htaccess.macamana nak buat yer..ble ajar sikit..
yang kerunsingan..
wah, boleh jadi blueprint terus dah ni.
memang complete set untuk jadikan panduan bagi buat blog yang berjaya menggunakan CMS WP ni.
@MuhdSyukri, terima kasih bro.. post ni biasa2 je sebenarnya.. tak leh jadi blueprint pun.. ada banyak lagi blog yang buat topic tentang wordpress yang lebih lengkap. hee..
Sungguh rajin dirimu membuat tutorial ini…
terima kasih diriku ucapkan kepadamu…
hehehe…
@milsum, terima kasih diriku ucapkan kepada dirimu kerana sanggup meluangkan masa untuk baca tutorial di blogku ini. :p
yeah.. thanks utk database backup tu sbbnya aku tak pasang lg. huhu.. nk pasang la ni juga ler :D
@azizwan(dot)com, Pasang cepat-cepat. Nanti hosting buat problem, takdelah kita pening kepada sangat kan. Hee..
yaaa….sitemap!…thanks baloot
Thanks bro.. banyak tips yang membantu.. Aku memang terkial-kial tengah setup blog wordpress ni.. banyak yang kantoi.
@samdaddycool, jangan risau bro. kalau ada apa2 masalah jangan segan untuk bertanya. aku pun boleh membantu. sebab aku mmg addict ttg wordpress ni. haha.
mmm ok gak .. ada gak step yg aku miss ni..
nota tambahan… twitter ko tak letak ke?
@boss, disebabkan terlalu banyak plugin yg boleh digunakan untuk twitter, aku tak letak. lagipun macam2 plugin twitter ada dan setiap satu mempunyai fungsi yang berlainan.
nanti kena wat post pasal twitter lak. hee :)
Salam Iqbal@Baloot,
wah.. complete penerangan tentang setup wp tu, yang hujung2 tu yang tak tau tu, satu perkongsian yg bagus..terus kan..
@Amir.h, RSS reader merupakan salah satu komponen penting dalam blog. Memudahkan pelawat blog untuk melanggan feed blog kita (untuk baca posting terbaru).
Untuk penerangan lebih lanjut boleh baca di MajalahIM:
http://www.majalahim.com/anda-tahu-apa-itu-rss.html
Untuk blog adsense saya plugin spam saya tak guna akismet, saya guna plugin wp-spamfree, ok tak?
@Amir.h, Plugin Akismet ni secara defaultnya memang berada di dalam sistem Wordpress.com dah. Jadi hanya masukkan API Key sahaja.
Plugin Akismet ni bagi Baloot dah cukup puas hati. Tak pernah lagi komen SPAM terlepas. Hee..
Jadi, Baloot no komen tentang plugin WP-spamfree tu. :)
Kalau bro Amir rasa plugin tu bagus, just go ahead je. Sama je sbb hanya untuk menyekat SPAM.
Saya rasa ianya bagus, tak pernah komen SPAM terlepas..
@Amir.h, Owh kalau macam tu kira bagus dah. Sebenarnya banyak jugak plugin untuk SPAM comment ni. Yang Baloot pernah dengar, SPAM KARMA. Tapi tak pernah cuba pulak..
Biasanya blog yang berbahasa Inggeris banyak SPAM comment. Baloot’s Blog ni tak banyak dapat SPAM sangat sebab dalam Bahasa Melayu kot. :)
Ya la, dulu saya ada pkai ‘ spam karma’ seingat sy ada yg terlepas komen spam, skrg dah tukar wp-spamfree nie ok nmpak..
@Amir.h, bagus la camtu bro. boleh teruskan dengan plugin tu jika rasa sesuai dengan blog n niche. apa yang Baloot listing kat atas tu hanyalah cadangan sahaja.. feel free to use it.. :)
Saya tambah sikit
-upload robo-form.
-pasang contact form
-pasang breadcrumb
-pasang seo all in one
-adjust sidebar
@paklong, Plugin robo form tu untuk ape ye paklong? Baloot rasa nanti kena wat satu lagi post untuk masukkan senarai plugin-plugin yang perlu di guna selepas install blog Wordpress.
robo form ni satu tempat yang memberi arahan kepada spider, mana bahagian yang di boleh crawl dan mana pula yang tak boleh.
Allow dan disallow. Ini ada dalam ebook Jurnal SEM.
@paklong, baru Baloot teringat kenapa Baloot tak pakai plugin tu. sebab theme Thesis yang Baloot’s Blog guna sekarang dah ada fungsi untuk memberi arahan kepada spider tu.
contohnya seperti no index untuk page archives, tag pages dan lain2 lagi.. :) ebook Jurnal SEM tu memang bagus, tak sempat nak review lagi. kena amik mood review baru layan nak review. hee.. Baloot dah baca ebook tu cuma belum habiskan lagi..
Thanks ya,
WordPress yang biasanya diinstal di komputer lokal sebagai simulasi Blog, sangat penting untuk diperhatikan untk kesuksesan Blog itu nantinya..
@InfoGator, apa maksud simulasi blog tu? saya tak faham sangat..
Aiseymen, aku dah terlanjur la baloot.. username aku takleh tukar dah, kekal nama Admin. Cemana nak tukar yer? takkan kena bukak akaun baru kut. . aduss..
@enemdy, takpe bro.. register je untuk profile baru dan tukar nama yang admin tu kepada nama sama dengan profile baru..
lagipun blog bro tu guna 1 author saja kan? kalau 1 author, takde masalah. dan register author baru ni takde kaitan dengan wordpress.com stats (kalau bro guna plugin ni la)… jadi takde apa2 problem.. :)
bro, aku ada masalah tang Google XML Sitemap. aku tak boleh create sitemap aku. kuar cam ni. There was a problem writing your sitemap file. Make sure the file exists and is writable.
@mohdisa, kalau masalah camni biasanya aku edit file permission kat dalam folder:
wp-content -> plugins
kepada 777 utk semua file dan directories.
saya nak tanya mcm mana cara nk create web yang kat belakang dia de tulis blog..contohnye cm nie “www.malaysiakuboleh.com/blog”..harap dapat terangkan.TQ
@anak malaysia, buat satu sub directory kat dalam main domain (public_html) tu dengan nama BLOG. lepas tu install blog wordpress kat dalam sub directory BLOG tu.. :)
why tak wat blog kat main domain je?
Thanks bro..skang jugak aku pergi tukar sal admin author tu..(berlari)
@HR, jangan berlari bro.. lompat terus.. hee.. tq for visiting this blog. :)
Terima kasih baloot, aku dah tukar dah! Aku buat camnie Log in ke Dashboard > User > Add New.. kan kan kan.. ok ok thanks a lot bro!
Yup, betul dah tu bro.. :) Nanti kalau nak jemput penulis jemputan pun edit kat situ jugak. Dan semua hal2 berkenaan author ada kat bahagian tu..
{ 2 trackbacks }