joomla-wordpress-malaysia-web-developer-web-designer

Hi, call me Baloot. I'm from Kota Bharu, Kelantan. I design websites using Joomla and Wordpress. I also do an e-Commerce web development...

10 Perkara Anda Perlu Lakukan Selepas Install WordPress Blog (Self Hosted Blog)

by Baloot MX

in WordPress

Anda baru sahaja selesai Install WordPress menggunakan cara 5 minit yang digunakan oleh para WordPress developer? Apa yang perlu anda lakukan selepas itu? Ubah theme? Install plugin?

OK, sekarang aku akan berkongsi tips yang perlu anda lakukan selepas Install WordPress (hanya self hosted domain). Jika anda merupakan orang yang dah lama menggunakan WordPress, sudah pasti cara-cara ini sudah pun menjadi perkara biasa bagi anda. Post aku pada kali ini hanya sesuai untuk orang baru dalam dunia WordPress. Hee..

Lakukan perkara-perkara berikut mengikut turutan supaya tidak memeningkan kepala anda:

1- Menukar Password Admin dan Menukar Author

Selepas anda install WordPress menggunakan cara 5-minit tersebut, WordPress akan bagi password kepada anda. Password tersebut merupakan jenis yang amat susah untuk di-ingat. Jadi apa yang anda perlu lakukan, tukar password tersebut kepada password pilihan anda sendiri.

Klik pada SETTINGS -> USERS untuk menukar Author. Jangan letak nama ADMIN kerana nama ini sangat mudah untuk di-hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda juga boleh register beberapa Author yang lain sekiranya blog anda mempunyai ramai penulis blog. :)

2- Tukar URL Kepada Jenis SEO

Secara defaultnya, URL artikel yang anda tulis adalah:

http://blog.balootisme.com/?243

Struktur URL yang sedemikian adalah lemah dari segi SEO dan susah untuk mendapat tempat di Google atau mana-mana search engine yang lain. Anda perlu menukar URL tersebut kepada:

http://blog.balootisme.com/cara-cara-untuk-install-blog-wordpress

Nampak perbezaannya? Untuk lakukan ini, apa yang anda perlu lakukan:

  • Klik pada SETTINGS -> PERMALINKS
  • Dibawah COMMON SETTINGS, pilih CUSTOM STRUCTURE
  • Masukkan %postname%/ di dalam ruangan kosong di bawah berkenaan
  • Atau anda boleh masukkan %category%/%postname%/ ; ini adalah sama dengan cara yang aku gunakan

permalinks

Penerangan lanjut berkenaan SEO di JurnalSEM. Atau dapatkan eBook Panduan SEO untuk WordPress.

3- Upload Theme dan Aktifkan Theme

Anda boleh download theme WordPress secara percuma atau beli theme premium di Woothemes. :)

Unzip theme yang anda download tersebut dan upload theme tersebut kedalam WP-CONTENT -> THEMES menggunakan FTP seperti FileZilla. Selesai upload, aktifkan theme tersebut di APPEARANCE -> THEMES (anda hanya perlu klik pada gambar theme tersebut.

4- Masukkan Kategori Blog dan Tukar Default Kategori

Selepas anda install WordPress, secara default-nya kategori yang digunakan jika anda tidak pilih mana-mana kategori adalah UNCATEGORIZED. Anda boleh menukar default kategori kepada apa-apa sahaja yang anda mahu, contohnya seperti BLOG / TUTORIAL / PERSONAL / UMUM. Pilih mana-mana satu yang anda rasa sesuai untuk blog anda atau guna mengikut idea anda. Feel free to choose.

Untuk lakukan ini:

  • Klik pada POSTS -> CATEGORIES
  • Cari link UNCATEGORIZED dan klik pada link tersebut, tukar kepada UMUM atau apa-apa sahaja
  • Masukkan kategori-kategori blog anda yang lain, kalau kat Baloot’s Blog ini antara kategori yang aku gunakan adalah seperti TUTORIAL, ADOBE PHOTOSHOP, JOOMLA, WORDPRESS

5- Aktifkan Plugin Akismet

Akismet merupakan satu plugin untuk menyekat semua SPAM COMMENT di dalam blog anda yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Jika blog anda masih lagi baru, mungkin tidak banyak SPAM yang anda terima. Tapi tidak semestinya juga. Bergantung kepada topik blog anda sebenarnya. Hee.. Kalau Baloot’s Blog, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada SPAM COMMENT. Untuk aktifkan plugin ini, anda perlu register sebagai ahli di WordPress.com terlebih dahulu. Pendaftaran adalah PERCUMA. Ini untuk mengambil API KEY untuk aktifkan plugin Akismet ini pada laman PROFILE.

wordpress-akismet

  • Klik pada PLUGINS dan aktifkan plugin Akismet tersebut
  • Selepas anda klik aktifkan, satu menu akan keluar untuk anda masukkan API KEY daripada WordPress.com
  • Masukkan API KEY pada PLUGINS -> AKISMET CONFIGURATION

Kini blog anda telah selamat daripada SPAM COMMENT.

6- Instal Plugin Google XML Sitemaps

Google XML Sitemaps merupakan satu plugin untuk buat Sitemap jenis XML untuk blog WordPress anda. Ini membolehkan search engine seperti Google, Yahoo atau MSN untuk INDEX blog anda. Setiap post terbaru akan di-index oleh search engine ini dan ini memberi kelebihan kepada anda seperti mendapat ranking yang lebih tinggi di Google.

Download plugin Google XML Sitemaps

Sekarang lawati Google Webmaster Central dan login ke akaun Google anda. Dalam page pertama, anda perlu VERIFY laman web anda terlebih dahulu. Ikuti arahan yang telah disediakan. Kemudian klik ADD SITEMAP pada page pertama tadi dan masukkan URL sitemap anda, biasanya URL untuk sitemap adalah seperti:

http://blog.balootisme.com/sitemap.xml

7- Install Plugin WordPress Database Backup

Download plugin WordPress Database Backup. Plugin ini untuk buat backup kesemua database yang anda gunakan untuk blog WordPress anda. Ini adalah perkara yang paling penting sekiranya terjadi apa-apa masalah teknikal yang tidak di-ingini.

wordpress-database-backup

8- Test Content Blog Post Menggunakan Dummy Content

Anda baru sahaja selesai Install Theme baru, sudah tentu anda mahu test kedudukan atau aturan post anda terlebih dahulu seperti kedudukan gambar, kedudukan text dan sebagainya. Anda boleh download file dummy content tersebut di WP CANDY SAMPLE POST.

Untuk import sample post ini, klik pada TOOLS -> IMPORT -> WORDPRESS dan ikut arahan yang diberi. Blog anda akan publish post-post tersebut dan sekiranya anda berpuas hati, anda boleh delete kesemua post dan kategori yang dibuat oleh dummy content ini.

9- Masukkan RSS Feed Blog ke Feedburner

Untuk edit RSS blog anda, klik pada SETTINGS -> READING dan anda boleh pilih berapa banyak post yang anda mahukan di dalam RSS Feed anda. Samada full post atau summary.

Sekarang lawati Feedburner untuk memuatkan RSS Feed anda tersebut. Feedburner juga menyediakan perkhidmatan untuk automatik ping RSS Feed anda sekiranya terdapat post terbaru dan juga membaca RSS Feed melalui email. Contoh RSS Feed di Baloot’s Blog ini:

rss-feed-baloots-blog

Selepas anda register Feedburner, tukar link RSS Feed pada theme anda. Masukkan code dibawah pada bahagian HEADER.PHP blog anda, klik pada APPEARANCE -> EDITOR. Cari head dan masukkan code ini selepas head:

<link rel="alternate" type="application/rss+xml" title="Feed Title" href="YOUR FEEDBURNER URL" />

Pastikan anda memasukkan code diatas sebelum /head.

10- Aktifkan Google Analytics atau WordPress.com Stats

Anda boleh track pelawat yang datang ke blog anda menggunakan plugin WordPress.com Stats. Atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google sendiri iaitu Google Analytics.

Photo Credit: ProBlogDesign

Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang tips WordPress diatas? Kemukakan di bahagian ruangan komen dibawah. Jika anda mempunyai tips-tips yang lain berkenaan perkara penting selepas Install WordPress, boleh kongsikan bersama dengan Baloot’s Blog dan aku akan update post ini. :)

Post-post Lain Yang Berkaitan:

{ 59 comments… read them below or add one }

mohdisa September 14, 2009 at 6:07 am

oic, thanks bro. nnt aku edit balik. :)

Reply

Baloot MX September 14, 2009 at 6:15 am

Orait mohdisa.. Kalau ada apa2 problem lagi boleh tanya aku.. :) Atau nak senang lagi, Pakcik Google kan ada.. Huhu..

Reply

Abu Widad September 27, 2009 at 1:56 am

Assalamualaikum Sedara Baloot..

Maap la aku ni baghu lagi dalam berblog ni & nak mintak tolong ler camner nak selesaikan masalah di bawah ni bila aku masuk jer ke Webmaster tools? Pastu plak aku tak tau nak masuk ke ruangan site’s home page yang diceritakan kat bawah. Tolong la ek. Aku budak baru belajar

“Before we show detailed stats and information about your site, we need to know you’re really the site owner.
Site URL http://www.mahyuddin.net/
Verification status
NOT VERIFIED
Last attempt Sep 26, 2009: We couldn’t find the verification meta tag.
Verification method

Copy the meta tag below, and paste it into your site’s home page. It should go in the section, before the first section.

Reply

Baloot MX September 29, 2009 at 10:21 am

Salam saudara Abu Widad. Maaf sebab agak lambat reply komen ni. Agak bz cket lepas raya sebab nak siapkan laman web eCommerce client. :)

Berkenaan masalah saudara tu, untuk verification tu samada letak satu coding dalam file “head” atau letak file meta. Tu hanya untuk verification menentukan yang saudara adalah pemilik blog tersebut.

Saudara boleh YM dengan aku kalau masalah ni masih belum selesai, add YM guna ID ni: husqvarna_mx Aku biasanya online tengah hari dan tengah malam lepas jam 12.

Reply

Adney October 2, 2009 at 7:16 pm

Great Baloot! :) Aku jumpa artikel ni dari Google…. Power la blog ko ni.. hee :p

Tq for this superbly content

:)

Reply

Baloot MX October 3, 2009 at 11:31 am

Yeke Adney? Apa yang ko search tu? Biasanya blog aku akan kuar kat Google kalau keyword yang berkaitan dengan “Joomla atau Photoshop” je.. Hee..

Reply

Adney October 3, 2009 at 4:38 pm

ntah la aku x ingat. Ape2pun content ko ni nanti aku nak letak kat satu tempat. Kire artikel la. Kredit kat ko punye kompem. Boleh x?

Reply

Baloot MX October 29, 2009 at 4:57 pm

Sori lambat reply.. Aku tak perasan comment ko ni.. Hehe.. Orait, letak je kat mana2.. Kredit tu yang besh.. :)

Reply

zzydin October 26, 2009 at 1:58 am

salam bro..aku ada masalah dengan set permalink.masalah dkt .htaccess.macamana nak buat yer..ble ajar sikit..
-satu lagi ader masalah nak pasang sitemaps..tak tau nak letak code tu kat sebelah mana..

yang kerunsingan..

Reply

Baloot MX October 29, 2009 at 5:03 pm

Hi Zzydin, sori lambat reply.. berkenaan htaccess tu, masuk ke FTP dan dalam folder PUBLIC_HTML, cari file nama htaccess. Kemudian set permission file tersebut (right-klik kalau guna Filezilla) kepada 666.

Pasang sitemap, guna plugin je. Aktifkan plugin tersebut dan ikut arahan yang ditulis.. Kalau ada apa2 masalah lagi, boleh add aku di YM: husqvarna_mx@yahoo.com. Dalam YM senang cket nak bincang kan.. hehe.. :)

Reply

Nozi October 29, 2009 at 12:12 am

Salam,

Mmg respek tul la.Info ni sgt bagus.Terima kasih sbb share the knowledge.
Nanti nk aplikasikan kat blog saya pulak la.Ada yg tk lengkap kalo ikut ni.

Reply

Baloot MX December 14, 2009 at 2:10 pm

Terima kasih Nozi :)

Reply

nora bahari December 10, 2009 at 6:23 pm

salam saudara.

saya sudah cuba menggunakan filezilla bagi mengupload theme. Tetapi terdapat error yang menyakatan, “could not connect to server” bila saya cuba telah klik pd quickconnect. Kenapa ye?

pada host saya isikan domain address spt xxx@wordpress.com.
username dan password saya isikan sama seperti saya gunakan utk log in di wordpress. dan port saya isikan “21″
adakah semua ini betul?
jika betul, kenapa saya masih tidak dapat access?

harap saudara dapat membantu.
;)

Reply

Baloot MX December 14, 2009 at 2:22 pm

Salam saudari Nora Bahari
Cuba masukkan yang ini:

Host: nama domain anda (www.balootisme.com)
Username: username hosting anda (baloot)
Password: password untuk hosting (baloothensem)

Lepas tu tekan QUICKCONNECT. Tak perlu masukkan apa2 nilai kat Port. Tapi sebelum itu, Blog yang saudari akses tu Blog PERCUMA atau Blog BERBAYAR hosting dan domain? :)

Kalau Blog PERCUMA, memang tak boleh akses FTP. Hee..

Reply

aku March 19, 2010 at 3:11 pm

salam , nk tanya soalan ttg wp nie..aku tak tau langsung nie jgn gelakkan lak ye..hehe

klu create web guna wp nie ,secara automatik akn upload ke internet ke ? ke kena ader beli hosting dulu ? free boleh ker ? cam blogspot tu

sori ye , harap ader yg tlg jawab utk bdk baru belajar nie

Reply

zamri April 1, 2010 at 8:30 pm

Saya nak tanya sikit…! Macammana saya nak install contact form ke dalam blog saya?…boleh tolong saya…?

Reply

Hadi Rofiee August 14, 2010 at 2:07 pm

Salam sejahtera Tuan Blog & salam perkenalan.

Pertama sekali tiba di blog ni, wow!..byk maklumat berkaitan WP yang baru & sebelum tidak pun saya ketahuinya. trimas Bro.

Oh ya..saya kurang pandai berkaitan dgn no. 6 & 10.. ? :? hehe.. maaf bertanya, sedang belajar2. :mrgreen:

Reply

ian August 16, 2010 at 3:27 pm

Baloot,
Salam RAMADHAN…
I dah try PERMALINKS tu..however tak berkesan…
look ugly when my blog add ada nombor2 pages tu. :(
can you help me please…
Thank you in advance…

Reply

saifudin photography October 9, 2010 at 5:49 pm

Thanks..maklumat yang sangat berguna. sebelum ni tak berapa tahu pasal benda ni. Sekarang dh mula memahami.Thanks sb berkongsi maklumat

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: