Aku telah buat keputusan untuk membuat Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP) di dalam blog ini setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada pengunjung Baloot’s Blog ini. Dah la Tutorial Joomla baru habis Part 1 dan Part 2, dah nak start Tutorial Photoshop lak. Sempat ke tak aku nak handle semua ni? Adusss.. Disebabkan terlalu ramai yang mintak Tutorial Asas Adobe Photoshop ni, aku dengan rela hati buat jugak tutorial ni. :)
Untuk tutorial yang pertama ini, aku akan tunjukkan semua menu-menu yang berkenaan dengan menu asas dalam Adobe Photoshop. Aku menggunakan Adobe Photoshop CS4. Tapi disebabkan terlalu ramai lagi yang menggunakan Adobe Photoshop CS2 dan tak upgrade lagi, aku akan tunjukkan tutorial menggunakan Adobe Photoshop CS2.
Skrin Welcome To Adobe Photoshop CS2
Ini merupakan skrin pertama yang keluar selepas anda tekan pada icon program Adobe Photoshop CS2 di desktop anda.
Tekan ‘Close’ pada skrin tersebut untuk mula berkenalan dengan Adobe Photoshop CS2 ini.
Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop
Aku namakan tempat bekerja (workspace) untuk skrin dibawah. Anda tentu merasa takut bukan selepas pertama kali masuk di dalam Tempat Bekerja Adobe Photoshop ini. Jangan takut, selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.
Keterangan berkenaan Menu & Icon
A. Menu Bar – Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.
B. Options Bar – Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan brushes akan keluar di bahagian ini.
C. Tool Bar – Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini. Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain.
D. Document Window – Apa yang sedang anda Photoshop-kan tu berada di-sini.
E. Active Image Area – Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.
F. Navigator – Kalau nak zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif, boleh scroll samada ke kiri atau ke kanan.
G. Color Palette – Boleh pilih kaler daripada sini untuk Background dan Foreground.
H. History – Segala apa-apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, semuanya direkod di bahagian ini.
I. Layers – Katakanlah anda sedang melukis satu lukisan di kertas, untuk meletakkan satu lapisan lain di lukisan anda dan menutup sebahagian daripada lukisan anda itu, maka Layer ini digunakan. Paham ke maksud aku ni? Hee.. Kalau tak paham lagi, boleh tanya Pakcik Google.
Ini hanyalah penerangan secara ringkas mengenai setiap menu di dalam Adobe Photoshop CS2. Aku akan terangkan dengan lebih jelas lagi dalam Tutorial Asas Adobe Photoshop kemudian nanti.
Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda
Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create document dalam Photoshop pulak.
Pergi ke File -> New kat Menu Bar
A. Document Name – Namakan file anda disini. Tak masukkan pun takpe. Nak masukkan pun takpe. Haha..
B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya aku menggunakan Custom.
C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. Kalau nak buat banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 di Height.
D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.
E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang aku gunakan untuk design laman web, hanya 72.
F. Color Mode – Secara default-nya aku menggunakan RGB.
G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah pilihannya.
Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop
Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.
Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File -> Close atau File -> Close All di Menu Bar.
Terlalu mudah bukan tutorial kali ini? Nama lagi Berkenalan Dengan Adobe Photoshop kan? Nak lagi? Tunggu yee… Kalau tak sabar sangat, boleh melanggan RSS blog aku ini secara PERCUMA. Nanti ada tutorial terbaru, ianya secara automatik akan sampai ke dalam email anda. Tak perlu susah nak cek blog aku tiap-tiap hari. :)
Aku sekarang agak bz dengan kerja men-develop laman web eCommerce untuk client. Kalau ada email atau komen yang lambat di-balas tu, sori la ye. Berkenaan eCommerce tu, nanti aku akan buatkan satu post khas. Update Terkini: Tinggal lagi SATU HARI untuk penutup Pertandingan Review Raja Grafik Malaya. Hadiah wang tunai RM200 menanti siapa ya..












{ 16 comments… read them below or add one }
kat colour mode tu kan,RGB tu utk ape?
Waaahhhh…baiknya saudara Baloot ni…Tutorial percuma tu…
Ingat lagi masa belajo kat U dulu, beli 1 buku Adobe Photoshop BI punya harga lebih kurang RM80 kot…lepas tu belajar sendiri…lepas 4 tahun baru la paham…itupun Adobe Photoshop 7.0….
Skrg ni pun still lagi pkai Adobe Photoshop 7.0 sebab dah biasa lagipun laptop burukku x mampu pkai version baru Photoshop lain lagi…Banyak kelebihan jika anda tahu software magic ni, macam2 bole buat…. jadi belajarlah drpd Saudara Baloot kite yg baik ini… :)
aktechpage.com’s last blog post..Ceramic Energy Cafe: Syabas Ceramic Business Club
terima kasih penunggu gua…segala budi baikmu tuhan saja mampu membalasnya!
milsum’s last blog post..Gangguan Masa Cuti Yang Best!
ya, yang ditunggu telah pun tiba. thanks bro, ni yang best ni. hehe
mohdisa’s last blog post..Belanjawan 2009
ya , dia memang baik hati . Suka bantu orang yang memerlukan.
mari kita study photoshop CS2
ecards’s last blog post..Happy Birthday My Friends
TQ bro.. boleh ler aku asah bakat lagi dlm Photoshop nie.. :-)
hohoh.. aku just tahu mcm mane nak buat design tulisan jer gune photoshop ni, nak cropt, tranparent etc langsung x taw.. x sabar2 nak tunggu baloot update next tutorial..
bukan ape, aku lbih suke tutorial yg boleh dibace.. klo video ni leceh sikit.. huhu… kdg2 sampai tertido aku tgok video tutorial photoshop kat hard disk aku ni..
baloot, nanti jgn lupe update lagi k.. hehe..
Hanye Allah yg mampu membalas budi baik ko ni.. huhu
Adney’s last blog post..Malaysia XI vs Manchester United 2009 Video Highlights & Pictures Gallery 1 [First Match]
@baloot
haha, ada2 jerk ko ni. blog aku biasa jerk, nnt aku ingat nak wat wordpress nyer plak. nnt leh la minta tlg ajarkan. blh ke?
@baloot
oic, ko ada ym tak sekarang ni? meh aku nak sembang2.
@baloot
aku dah add, ko on ke tak tu?
mohdisa’s last blog post..Blogger Boy Episod 8
@baloot
http://kotakminda.com/ under construction. hehe, skg ni tgh cari theme yang sesuai plak.
mohdisa’s last blog post..Blogger Boy Episod 8
huhu, memang best. walaupun secara basic, tapi cukup bagus bagi yang berjinak2 ngan PS nie. teruskan usaha mulia nie, baloot :-)
terima kasih dgn usha anda….teruskan berkarya
from Kota Bharu
terima kasih atas ilmu yang diberikan..pI baru berjinak dengan PS …hari ini berjaya install cs…banyak yang kena belajar…
thank you so much …, tutorial master is very cool…
Salute…
Saye dari banjarmasin (south borneo)… Bole tak saya copy-paste tutorial pakcik ke blog saya di http://www.fajarbukan.blogspot.com …
Boleh yeee…salam rock kapak..
tumpang tanye..mana nak download adobe photoshop..kalau dapt yg 7.0 tu yg penting..?
{ 3 trackbacks }