
Palettes digunakan dengan amat meluas di dalam Adobe Photoshop. Tak kira anda men-design apa sekalipun, pasti menggunakan palettes ini. Di dalam tutorial kali ini, aku akan berkongsi cara-cara menggunakan palettes dan semua yang berkaitan dengan palettes secara asas-nya. Ingat, ini hanyalah Tutorial Asas Adobe Photoshop. Jika anda dah biasa menggunakan Photoshop, tutorial ini tak berapa penting untuk anda. Kalau nak teruskan jugak pun boleh.
Aku akan berkongsi tutorial dengan anda semua berkenaan palettes iaitu:
- Susun palettes
- Resize, show dan hide palettes
- Close, open dan reset palettes
- Menggunakan fungsi di dalam palettes
Apa Itu Palettes?
Untuk tunjukkan secara umum apa itu palettes, buka program Adobe Photoshop anda. Kemudian tekan “TAB”. Ini akan hide kesemua palettes semasa di dalam skrin utama Adobe Photoshop. Palettes ini merangkumi semua, iaitu Toolbox, Option Bar, Layers dan Colors Windows (sila rujuk Tutorial Part 1).
Susun Palettes
Anda boleh menyusun setiap palettes di dalam Photoshop mengikut kesesuaian anda. Dengan berbuat demikian, anda lebih cepat menyiapkan sesuatu design kerana ianya mengikut kesesuaian diri anda.
Ada orang suka cara A,B,C,D,E. Ada orang suka cara lain pulak, seperti A,C,B,E,D. Anda faham maksud aku kan? Ikut kreativiti masing-masing.
Untuk susun atur palettes tu, anda hanya perlu DRAG n DROP sahaja setiap palettes tu. DROP di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Jika anda seorang yang kidal, sudah pasti kedudukan palettes
anda berlainan, bukan? Anda boleh DRAG secara GROUP ataupun one-by-one. Untuk secara GROUP, anda perlu DRAG title palettes tersebut.
Resize, Show dan Hide Palettes
Jika anda menggunakan palettes yang mengandungi content yang banyak, contohnya seperti Styles (di dalam PakejDVD Raja Grafik Malaya terdapat banyak Styles yang cantik-cantik), sudah pasti anda mahu menggunakan kesemuanya (ataupun nak pilih yang mana sesuai dengan design). Jadi anda perlu resize palettes tersebut dengan DRAG bahagian bawah kanan palettes tersebut.
Dah siap menggunakan palettes tersebut? Palettes tersebut mengganggu design anda? Anda boleh HIDE-kan palettes tersebut dengan DOUBLE CLICK pada tab palettes tersebut.
Close, Open dan Reset Palettes
Anda telah selesai sesuatu design, sudah pasti anda mahu menutup kesemua palettes yang tidak digunakan lagi. Anda hanya perlu klik pada “x” pada bahagian atas kanan pada palettes tersebut. Jika anda nak buka balik palettes tersebut, anda perlu klik pada WINDOWS di MENU BAR (rujuk Tutorial Part 1) dan cari palettes yang telah anda tutup tadi.
Dah bosan dengan kedudukan palettes yang disusun oleh anda yang tidak teratur itu, anda boleh susun palettes tersebut dengan kedudukan DEFAULT balik. Klik pada Windows -> Workspace -> Reset Palette Locations pada MENU BAR tadi. Ini akan reset balik kedudukan setiap palettes di dalam Adobe Photoshop.
Menggunakan Fungsi Di Dalam Palettes
Di palettes, anda boleh menggunakan pelbagai fungsi seperti Color, Styles, Opacity dan lain-lain lagi. Aku akan berkongsi tutorial berkenaan ini dengan lebih detail pada part lain. Tunggu ye.. Sebelum tu, mari belajar cara-cara menggunakan fungsi palettes ini terlebih dahulu.
Drop-down Menu
Untuk menggunakan drop-down menu, anda hanya perlu klik pada ARROW di bahagian kanan menu tersebut (bunyi macam stupid tutorial, tapi ini realiti; masih ada lagi yang tidak tahu). Kesemua fungsi akan tersenarai dan anda hanya perlu pilih yang mana bersesuaian dengan design dan keperluan anda. Try n error.
Slider
Slider beroperasi secara LIVE. Untuk menggunakan slider ini, anda perlu CLICK n HOLD n GERAKKAN MOUSE ke KIRI atau KANAN. Pilih ikut kesesuian anda.
Swatches dan Styles
Untuk menggunakan setiap fungsi (katakanlah Styles), anda hanya perlu klik pada mana-mana Styles yang anda berkenan. Anda seseorang yang kreatif dan suka ber-eksperimen, cubalah dengan Styles yang berlainan pada design yang sama.
Tamat-lah sudah tutorial yang SANGAT MUDAH ini. Nantikan ke-ADVANCED-an tutorial Adobe Photoshop kat blog ini. Tak cukup masa je sebenarnya, sibuk dengan projek laman web. Hee.. Terima kasih semua kerana menyokong dan sudi meluangkan masa anda membaca blog aku.
Tutorial ini adalah sambungan daripada Tutorial Asas Adobe Photoshop Part 1.







{ 15 comments… read them below or add one }
aku tak tahu pon name pallets tu…
tapi aku tahu la bende dan fungsinya..
@loq, samalah kita loq, masa mula2 guna Photoshop pun tak tahu apa nama-nya. tapi selepas baca ebook pasal Photoshop baru tahu nama kotak2 kecik tu palette. hee..
berpinar mata aku
haha, slalu main boh je tak perasan nama tools tue. bagus gak ade info macam nie :-)
@aiereast, sama la kita…………….
aku format laptop aku…ades…ilang plak ps aku…skg tgh download cs4 plak…waa
@mohdisa, aku sekarang guna photoshop cs4 jugak. memang best sangat. tapi pastikan RAM lebih 2gb. nanti berat lak.. hee..
baru tau pallets tu leh set default balik :P
@blowie, sekarang dah tahu kan… hee.. senang lah kalau dah modify kedudukan palette tu kan.. :)
inilah masalah saya masa mula-mula kenal Photoshop , pallets hilang………. jenuh cari. Nasib baik masa godek-godek tu jumpa balik. :) Terima kasih atas tutorial ni.
@ecards, kalau ilang lagi cuba cari kat option view. klik kat situ :-)
ram aku takat 3 G jerk. aku tak upgrade lagi, graphic plak ati radeon 3200. cukup ke tak ha? ades…risau gak hang nnt. hehe
ades, aku mengalami masalah. aku takleh install cs4 plak. tak tahu kenapa, dia suh masukkan cd dalam drive plak. waaaa
Tqvm. Jakallahu Khairan Jazak, Insya Allah ilmu yang saya belajar dari anda akan saya gunakan sebagai sedekah jariah anda. Papun niat mestilah Mardhatillah..
Sama2. InsyaAllah. Kalau ada apa2 pertanyaan,boleh tanya sy lagi. :)
{ 1 trackback }