Tutorial Asas Adobe Photoshop: Belajar Menggunakan Layers Di Dalam Photoshop (Part 4)

by Baloot MX

in Adobe Photoshop,Tutorial

dvd raja grafik malaya

Sumber Grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator:

http://rajagrafikmalaya.com

Semasa menggunakan Adobe Photoshop, Layer paling banyak digunakan. Tanpa pengunaan layer, tidak akan terhasil teknik Photo Effects, Text Effects, Photo Manipulation dan lain-lain lagi. Layer ini digunakan oleh setiap individu komponen di dalam setiap gambar dan tidak bersentuhan antara satu sama lain, tetapi “bertindih” antara satu sama lain. Layer sama seperti kertas lutsinar di-atas satu sama lain dan boleh dialihkan serta di-lukis mengikut kesesuaian sendiri tanpa merosakkan kertas lutsinar yang lain di-bawahnya.

Penjelasan Tentang Layer

Gambar dibawah dibuat menggunakan Adobe Photoshop dengan teknik Layer:

belajar-layer-adobe-photoshop-post

Dengan melihat gambar di-atas, hanya satu gambar sahaja yang kelihatan bukan? Di dalam Photoshop, ianya merupakan 4 jenis Layer yang bertindih antara satu sama lain.

Paling Bawah: No 3) Background Biru
Tengah: No 2) Logo PS
Paling Atas: No 1) Text “Belajar Adobe Photoshop”

Anda faham maksud susunan Layer di atas? Jadi anda faham maksud kertas lutsinar yang aku terangkan, iaitu berada di-atas satu sama lain. Sekarang aku akan kongsikan bersama untuk buat teknik Layer ini menggunakan Adobe Photoshop.

Bagaimana Menggunakan Layer Di Dalam Photoshop

Untuk memudahkan anda memahami penggunaan Layer ini, aku akan kongsikan satu kerja design menggunakan Photoshop teknik Layer. Anda perlu buat CREATE A NEW DOCUMENT (klik pada FILE -> NEW). Dan set-kan saiz gambar kepada 400px (width) x 400px (height) dan resolution (72px/inch). Di bawah ini merupakan gambar yang telah siap dibuat menggunakan teknik Layer:

belajar-adobe-photoshop-final

Masukkan Gambar Background

Secara kebiasaannya, orang menggunakan Photoshop teknik Layer dengan buat gambar background terlebih dahulu kemudian baru-lah dibuat Text, Effect dan sebagainya. Aku akan buat gambar background ini ber-warna HIJAU.

belajar-adobe-photoshop-color-picker2

Klik pada FOREGROUND COLOR dan pilih warna hijau menggunakan Slider Color mengikut warna pilihan anda. Atau anda boleh menggunakan color code HEX, 36442A pada ruangan column #. Klik OK. Sekarang pilih FILL TOOL daripada TOOLBOX anda, dan klik pada gambar anda tadi untuk memasukkan warna hijau tadi. Sekarang background anda jadi warna hijau mengikut pilihan yang anda buat tadi (iaitu 36442A).

belajar-adobe-photoshop-fill

Buat Layer Baru

Jom kita lihat pada LAYERS PALETTE dan perhatikan setiap penggunaan tools di dalam Layers Palette tersebut:

belajar-adobe-photoshop-layer-palette-anatomy2

Klik pada NEW LAYER icon untuk buat layer baru seperti yang ditunjukkan pada gambar di-atas.

belajar-adobe-photoshop-create-new-layer

Lihat gambar di-atas, layer baru telah pun dibuat iaitu Layer 1. Anda boleh namakan Layer ini dengan apa-apa nama sekalipun untuk memudahkan kerja anda dengan double-click pada nama Layer 1. Anda boleh klik pada layer tersebut (highlight) dan lakukan apa-apa perubahan menggunakan Photoshop (tidak mengganggu lapisan Layer yang lain).

Lukis Gambar Rumput

Klik pada BRUSH TOOL pada toolbox Photoshop anda. Secara default-nya, gambar RUMPUT (Dune Grass) telah pun anda di dalam sistem Adobe Photoshop (CS2, CS3, CS4). Di dalam brush tools ada OPTION BAR dan buka BRUSH PRESET PICKER. Cari icon yang nama-nya DUNE GRASS BRUSH.

belajar-adobe-photoshop-select-dune-grass

Sekarang aku akan pilih warna rumput ini supaya kelihatan lebih kurang sama dengan warna hijau background yang kita buat pada awal tadi. Pilih warna HIJAU RUMPUT (iaitu #19250F). Klik icon rumput tersebut pada gambar anda tadi. Anda boleh klik setiap satu atau HOLD-kan button mouse anda untuk buat effect rumput pada gambar anda.

belajar-adobe-photoshop-grass

Text Menggunakan Layer

Klik pada HORIZONTAL TYPE TOOL pada toolbox Photoshop anda. Set-kan warna (iaitu FOREGROUND COLOR) tulisan anda kepada warna PUTIH. Klik pada mana-mana bahagian gambar anda tadi untuk memasukkan TEXT tersebut.

belajar-adobe-photoshop-type

Siap anda buat TEXT tersebut, highlight-kan semua tulisan anda untuk buat perubahan text (seperti menukar JENIS FONT, WARNA FONT, SAIZ FONT). Aku akan set-kan Jenis Font kepada Arial, Bold dan Saiz 60pt.

belajar-adobe-photoshop-type-attributes

Lihat pada Layer Palette anda tadi, satu Layer baru (iaitu FONT LAYER) telah-pun dibuat secara automatik. OK, sekarang aku akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk alih-kan kedudukan TEXT tersebut tadi kepada kedudukan mengikut kemahuan anda.

belajar-adobe-photoshop-apply-type

Alih Kedudukan Layer

Apa yang aku akan buat sekarang pada gambar ini adalah meletakkan Layer Text di-bawah Layer Rumput. Jadi gambar Rumput akan kelihatan berada di-atas Text anda tadi. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah KLIK DAN DRAG Type Layer anda ke bahagian bawah Layer Rumput.

belajar-adobe-photoshop-position-layer

Anda boleh menggunakan MOVE TOOL (berada di Toolbox Photoshop) untuk alih-kan kedudukan setiap Layer. Sekarang klik pada Type Layer dan klik pada Move Tool. Sekarang anda boleh DRAG Type Layer anda untuk di-alih-kan mengikut kemahuan anda. Anda sudah mahir menggunakan Layer ini bukan? Jom kita belajar menggunakan option yang lain pula.

belajar-adobe-photoshop-move-a-layer

Menggunakan Opacity, Blending Modes dan Filling

Buat satu Layer baru di-atas Layer background Hijau anda tadi. Klik ELLIPTICAL MARQUEE TOOL dan masukkan Elliptical tadi di-dalam gambar anda.

belajar-adobe-photoshop-selection

Dengan menggunakan FILL TOOL, masukkan warna PUTIH ke-dalam Elliptical anda tadi. Sekarang anda sudah mempunyai satu imej bulatan yang berwarna PUTIH pada gambar anda. Kemudian pilih Layer ini (Elliptical) dan tukar Blending Mode kepada Overlay:

belajar-adobe-photoshop-blending-mode

Kemudian set-kan Opacity kepada 15% hingga 25%.

belajar-adobe-photoshop-opacity

Sekarang anda akan buat satu DUPLICATE Layer untuk Layer Elliptical tadi. Right-click pada Layer Elliptical tadi dan pilik DUPLICATE LAYER. Cara ini akan membuat satu salinan yang sama dengan Layer Elliptical tadi termasukkan Opacity dan Blending Mode yang baru saja anda buat tadi. Dengan menggunakan MOVE TOOL, alihkan kedudukan Layer #2 Elliptical ke-sebelah supaya anda dapat lihat DUA BULATAN ELLIPTICAL pada gambar anda.

belajar-adobe-photoshop-layers-example

Anda dapat lihat perbezaan dan penggunaan Layer ini bukan? Jika anda alih-kan kedudukan Layer Elliptical tadi ke-atas (click and drag), gambar Rumput akan berada dibawah Layer Elliptical. Ini kerana setiap layer bagaikan KERTAS LUTSINAR. Anda faham maksud ini sekarang? :) Dengan set-kan Opacity (di bawah 100%) sesuatu Layer, akan dapat lihat apa yang berada di-sebalik Layer tersebut.

Sekarang anda sudah boleh menggunakan Layer, mahirkan diri anda dengan membuat beberapa contoh teknik Layer yang lain. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan tentang tutorial di-atas, boleh luahkan di-ruangan Comment di-bawah ini. Di dalam DVD Raja Grafik Malaya, terdapat satu eBook khas untuk mahirkan diri anda dengan Teknik Layer Menggunakan Photoshop. Anda boleh dapatkan DVD tersebut pada laman web Raja Grafik Malaya.

Idea & Gambar Asal: Tutorial9.net

Tutorial Asas Adobe Photoshop

dvd raja grafik malaya

Sumber Grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator:

http://rajagrafikmalaya.com

{ 14 comments… read them below or add one }

Anarm November 30, 2009 at 10:42 am

tutorial yg simple dan menarik.. cayalah~

Reply

Baloot MX November 30, 2009 at 1:28 pm

Terima kasih Anarm.. :)

Reply

samanosuke_04 November 30, 2009 at 5:06 pm

aper yang aku paham, layer nie untuk gambar yang bertindih2.. tue prinsip yang aku pegang awal2 mencuba photoshop dulu..

Reply

paklong December 1, 2009 at 5:55 pm

he he he , sempoi je ……..tutorial ni, tapi bermakna. Asas yang penting dalam membentuk pelbagai efek.

Reply

paklong December 1, 2009 at 5:58 pm

Paling bagus kalau tunjukkan layer pallette tu, baru jelas sikit. TQ . Tutorial yang penting dalam mengenali Photoshop.

Reply

enemdy December 29, 2009 at 4:14 pm

Lepas tengok grafik ni rasa nak belajar PS pulak lah hehe.. lu memang raja grafik la bro..

Reply

ct February 18, 2010 at 4:34 pm

bagus blog ni….yg geram nyer CS4 nyer ayik trial version jerkk…….valid dahlah until 30 days….ader paper care lain yga bleh digunapakai utk tempoh yg lame x…..actually i’m new in photoshop :)

Reply

Baloot MX February 18, 2010 at 4:51 pm

Belilah yang Original. Baru tak perlu guna Trial Version. :)

Reply

AMR February 22, 2010 at 7:09 pm

bagus tutorial ni. rasa nak tukar kos la plak. haha..

Reply

azzra May 15, 2010 at 12:37 am

waahh sekarang cs5 dah..maju betul..aku pun terangkak2 lagi cs4 ni..dulu belajar pakai ps7 je..ingt nak belajar hdr saper tau boleh la tulun ajar

Reply

kama June 8, 2010 at 2:03 pm

salam bro…kawe buku kan tutorial demo ni…nak wat rujukan sediri jah…baru nak belajar AP CS3…x banyak bezakan dgn CS2?…orait terimo kasih…

Reply

pandit December 14, 2011 at 10:06 pm

alhmdulilah tmbah ilmu..

mksih om..:)

Reply

anggerik December 15, 2012 at 11:18 am

tq. tutorial ni la yg dh lma sy cari

Reply

ani March 16, 2013 at 11:57 pm

bang . . . sy bru blajar photoshop boleh nanya g . . . . gmna caranya bkin sampul/cover luar kaset CD . . .???

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: