Korang ada awek? Takde? Adusss… Cari la awek sorang. Baru boleh praktis tutorial ni. Haha. Kalau takde awek pun, buat guna gambar yang aku bagi ni pun boleh. :D
Hari ini sebenarnya Internet agak problem di kawasan perumahan aku. Hampeh betul Stimix ni. Tapi bagus jugak kadang-kadang, boleh aku habiskan masa untuk buat tutorial menggunakan Adobe Photoshop ni.
Ini merupakan tutorial pertama yang dibuat oleh aku sendiri (tapi idea asal bukan aku, aku hanya membaca tutorial, pastu tulis dalam Bahasa Malaysia). Tutorial ni berkenaan dengan Photo Effects menggunakan Adobe Photoshop. Pertama sekali, aku menggunakan GAMBAR AWEK AKU (poyo giler mamat ni) seperti di bawah:

Mula-mula sekali, aku gunakan Healing Tool untuk hilangkan bintik-bintik kecik kat MUKA AWEK AKU. Tak ganas la kan vampire ada jerawat ni. Haha. Inilah kelebihan Adobe Photoshop, gambar muka yang penuh dengan jerawat, tapi dengan hasil Photoshop, semua tu boleh hilang. Best kan?

Sekarang tekan CTRL+J, untuk copy background, pilih COLORS FOREGROUND kepada BLACK dan BACKGROUND kepada WHITE. Selepas itu klik kat main menu IMAGE -> ADJUSTMENTS -> GRADIENT MAP dan klik OK.

Dengan menggunakan ERASER TOOL, padam kesemuanya, kecuali GAMBAR AWEK AKU. Contoh:

Klik layer pertama (FIRST LAYER) dan buat bulatan kat bahagian mata, kemudian klik LAYER VIA COPY.

Drag layer mata tadi ke bahagian yang paling atas

Guna DODGE TOOL untuk bahagian iris mata

Buat satu layer baru menggunakan BRUSH TOOL yang warna HITAM. Tengok gambar dibawah.

Setkan GAUSSIAN BLUR kepada radius 2.0pixels

Sekarang aku akan gunakan BLOOD BRUSHES. Korang boleh download brushes ni secara percuma di: http://keren-r.deviantart.com/art/Blood-Brushes-20739863. Aku cadangkan supaya korang buat satu layer baru untuk setiap brushes yang digunakan. Kemudian tukar layer itu kepada MULTIPLY. Hasilnya:

Sabar, belum siap lagi ni beb. Haha. Mata belum berdarah lagi ni. OK, langkah seterusnya, guna KOD WARNA #E0A1A1 dan conteng MUKA AWEK AKU sampai jadi macam kat bawah ni:

Guna GAUSSIAN BLUR lagi, sekarang ni RADIUS adalah 52.4 pixel.

Tukar layer kepada MULTIPLY. Camane tu? Tengok gambar kat bawah ni:

Sekarang ADD 2 NEW LAYER dengan 2 color, iaitu #056ADC dan #6B0606. Tukar layer kepada COLORS DODGE dan ubah OPACITY layer tersebut kepada 45% untuk #6B0606 dan 41% untuk #056ADC.

Maka, siaplah gambar AWEK AKU SEBAGAI VAMPIRE. Hahaha.

Sori la kawan-kawan, tutorial kali ni senang sangat kan? Hehe. Dalam masa 10-20 minit dah siap rasanya kalau anda dah biasa dengan kedudukan tools dalam Adobe Photoshop ni. Tutorial ni sesuai untuk pengguna baru Adobe Photoshop. Masih ramai pembaca blog aku yang tahu sikit-sikit pasal Photoshop (sebab aku tengok ramai komen tak tau pasal Photoshop ni). Sebab tu aku buat tutorial yang ringan-ringan dulu. Selamat mencoba ye! Hehe… :D
Jika korang mengalami masalah dengan Tutorial Adobe Photoshop Photo Effects di atas, bolehlah tinggalkan komen dibawah. Ada kesempatan, boleh la aku tolong betulkan.
{ 116 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
bos tolong la diperjelas yng buat vampir nii… aq bingung ,, lebih detail donkk plisssssssssssssssss 1000000000x
‘Klik layer pertama (FIRST LAYER) dan buat bulatan kat bahagian mata, kemudian klik LAYER VIA COPY.’buat bulatan gune ape?
salam..
saya nk minta tlong ajar sy camana cara2 nk edit gambar guna photoshop mcm awak pandai wat nie yer?
saya nk wat yang senang2 jer..saya nk tukar background, nk kasi pic nampak clear ckit and then letak watermark.
tp, hasilnya pic saya kelihatan blur la..xseperti apa yang saya inginkan..
leh ajar x?kalo x pon try awk tngok website saya..nanti tlg contact saya by email boleh?
Wanie: Yang tu saya nak ajar kena personal coaching. Kalau nak ajar dalam ruangan komen ni panjang sangat. Susah nak faham nanti. Saya dah tengok dalam website tu, OK je gambar. Yang mana blur tu ?
saya pemula, matanya menjadi merah menggunakan apa?
sye dah download tpi tak pndai nak gune
tolong ajar sye
semua x thu
sush btul….
sye buat smpai kat mate jdi merah jee….
wak drah kat tangn x pandai….
tolong sye…
Info yang bagus
ni adobe photoshop ape ye?cs5 ke?
tlg ajar kn sy leh?
bru nk b’jinak2 gune phtoshop ni..em
asli gan kren abiz, ini hrus d cbain nih abiz kren bnget sih….
sukses truz gan ;)
and trima ksih bnget ye gan… :)
brother….kalau saya pakai CS3 knp tak muncul di layer via copy tak ada tampilan layer 1 n background? so bagaimana cara mewarnai mata nya? thx
← Previous Comments
{ 1 trackback }