joomla-wordpress-malaysia-web-developer-web-designer

Hi, call me Baloot. I'm from Kota Bharu, Kelantan. I design websites using Joomla and Wordpress. I also do an e-Commerce web development...

Tutorial kali ini hanyalah daripada link PSD Tuts+ yang menjadi kegemaran aku. Idea untuk menulis sejak kebelakangan ini agak kurang disebabkan masalah ‘otak’ aku yang tak berapa nak stabil. Banyak kerja-kerja design website dalam 1-2 bulan ni. Maaf lah ye kawan-kawan. :)

Teknik ini mengambil masa 2-3 jam untuk disiapkan bagi yang telah pun biasa menggunakan Adobe Photoshop. Bagi yang masih baru, mungkin ambil masa yang lebih sedikit. Tapi takpe, hasilnya amat berbaloi dengan masa yang anda luangkan tu. [baca seterusnya]

9 comments

Tahukah anda semua apakah Tumblr? Aku pasti sudah ramai yang tahu apakah itu Tumblr dan fungsinya. Namun bagi segelintir yang masih lagi tak tahu apa itu Tumblr dan fungsinya, aku akan terangkan nanti.

Tumblr merupakan satu platform untuk blogging jugak sebenarnya, dan pengguna boleh ‘share’ atau tumblelog sesama mereka. Pengguna Tumblr boleh post text, gambar, video, URL, audio sama seperti WordPress jugak. Dan kelebihan Tumblr ni, pengguna boleh follow pengguna lain ataupun menjadikan Tumblelog mereka private.

OK, kali ini aku akan berkongsi dengan anda semua template untuk Tumblr dan ianya PERCUMA untuk di-download. :) [baca seterusnya]

9 comments

Dengan mengambil kesempatan ini, Baloot ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati mana-mana pihak, aku ingin memohon maaf. Mungkin kadang-kadang posting aku ada menyakitkan hati pihak yang lain. Harap korang semua maafkan aku ya. :)

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua sumber grafik Adobe Photoshop. Ianya terdiri daripada:

  • Brushes
  • Vector
  • Wallpaper

Anda perlukan kreativiti sendiri untuk menghasilkan kad raya, hanya gabungkan sumber-sumber grafik yang aku kongsi-kan ini menggunakan Adobe Photoshop. Download sumber grafik dibawah: [baca seterusnya]

6 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Bersempena bulan yang mulia ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua Wallpaper tema Ramadhan.

[baca seterusnya]

11 comments

KomikNiaga – Guest Post

Disebabkan keterujaan telah menguasai diri, hari ini aku dan seluruh rakan pasukan KomikNiaga dengan sukacitanya merasmikan pelancaran KomikNiaga edisi yang pertama!

Apa itu KomikNiaga?

Buat pengetahuan anda, KomikNiaga adalah satu lagi medium informasi berbentuk e-Komik (Komik Digital) yang menyalurkan maklumat mengenai perniagaan internet khas untuk rakyat Malaysia. [baca seterusnya]

17 comments

Agak lama aku tidak post-kan koleksi design khas untuk platform WordPress. Aku menerima beberapa email sejak 2 minggu lepas bertanyakan design terbaru untuk WordPress. Makin hari makin ramai yang menggunakan platform WordPress (self hosted blog) untuk dijadikan blog, website dan e-commerce (perlukan kesesuaian plugin).

Sebelum ini aku sudahkan post beberapa kali design untuk WordPress iaitu:

[baca seterusnya]

14 comments

Demam Piala Dunia telah-pun bermula. Walaupun aku bukan-lah peminat fanatik bola, tapi disebabkan oleh design-design wallpaper World Cup 2010 ni menarik minat aku, jadi aku luangkan masa untuk berkongsi dengan anda semua Wallpaper Percuma World Cup 2010 South Africa. Anda boleh muat-turun kesemua wallpaper ini secara PERCUMA.

Klik pada setiap link untuk muat-turun wallpaper ini secara percuma. :)
[baca seterusnya]

6 comments

Post kali ini aku khaskan untuk peminat DVD Raja Grafik Malaya; satu produk sumber grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dari aku sendiri iaitu Set Icon Untuk Kegunaan Web Design dan Web Development. Kesemua icon-icon dibawah adalah percuma dan anda boleh gunakan icon tersebut tanpa perlu link-kan semula (kebanyakannya) ke laman web asal designer icon. [baca seterusnya]

6 comments

Actually, aku tak pernah lagi design laman web untuk Real Estate. Pernah company real estate (kontraktor rumah dan pembinaan bangunan) request quote price dengan aku tidak lama dulu, tapi senyap je lepas 3 kali aku emel dan tel sebagai follow-up. Lastly, daripada aku tunggu projek yang belum tentu dapat, lebih baik aku lupakan je (kecuali projek besar above RM10k). Rezeki masih banyak kat luar sana kan. :)

Buat masa sekarang aku kena luangkan masa untuk mencari idea dan inspirasi untuk design laman web. Oleh sebab tu lah kalau anda semua perasan, post aku banyak berkenaan Inspiration je untuk kebelakangan ni. Sebagai fulltime web designer sekarang, kita kena bahagikan masa dengan belajar design, kaji design, mengumpul idea design (daripada laman web lain) kemudian praktik-kan idea tersebut secara offline terlebih dahulu.
[baca seterusnya]

9 comments

Teknik HDR atau dikenali sebagai High Dynamic Range Imaging (ringkasnya HDR) merupakan satu teknik Photography yang menggunakan dynamic range luminance antara tempat yang terang dan gelap. Hasil gabungan teknik ini dinamakan HDR.

Penerangan lanjut mengenai HDR menggunakan Adobe Photoshop.

Kali ini aku bukan ingin berkongsi mengenai teknik menghasilkan HDR, tetapi ingin berkongsi inspirasi teknik HDR yang dihasilkan oleh pakar Photography menggunakan Adobe Photoshop.


[baca seterusnya]

29 comments