Magento. Nama yang tidak asing lagi untuk web developer yang sering develop laman web untuk eCommerce. Di Malaysia, aku rasa tak ramai yang biasa guna Magento ni. Kebanyakannya guna osCommerce, Zencart, Cube Cart dan lain-lain lagi. Kali ini aku akan berkongsi dengan anda semua Cara-cara Untuk Buat Laman Web Kedai Online atau eCommerce Menggunakan Magento.
Magento ni merupakan satu platform khas untuk buat laman web kedai online yang Open Source, bermakna ianya adalah PERCUMA untuk dapatkan platform ini. Sama macam Joomla dan WordPress. Magento mempunyai pelbagai fungsi serta alatan untuk menjadikannya sebagai sebuah platform laman web kedai online yang canggih serta terkini buat masa sekarang. Untuk menggunakan platform Magento ini, tidak semua company webhosting yang boleh support. Aku cadangkan supaya anda dapatkan hosting daripada Exabytes.com.my untuk menggunakan sistem Magento ini.
Di dalam Tutorial Magento ini, aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk install sistem platform kedai online Magento ke dalam hosting anda serta cara-cara untuk menggunakan sistem Magento ini. Antara yang bakal anda pelajari di dalam tutorial Magento ini:
- Install Magento ke dalam akaun web hosting
- Mengendalikan laman web kedai online Magento
- Menukar theme / template Magento
- Menentukan komponen laman utama (home page) laman web kedai online Magento
- Set SSL certificate di Magento
- Meng-SEO-kan kedai online Magento untuk Search Engine
- Cara-cara menggunakan Magento customer manager
- Set-kan modul di dalam Magento untuk Shipping dan Payment
Antara ciri-ciri utama Magento adalah:
- analytics and reporting
- product browsing
- catalog browsing
- catalog management
- customer accounts
- customer service
- order management
- payment
- shipping
- checkout
- search engine optimization (seo)
- international support
- marketing promotions dan tools
- site management
Cara-cara Untuk Install Magento ke Akaun Web Hosting
Peringatan: Sebelum install Magento, sila pastikan web hosting anda menggunakan PHP version 5.2.x dan ke atas. Exabytes.com.my menawarkan perkhidmatan hosting yang memang cukup sesuai dengan sistem Magento.
Langkah 1
Download / muat turun file Magento eCommerce daripada laman web rasmi:
http://www.magentocommerce.com/download
Langkah 2
Upload / muat naik file tersebut melalui cPanel (klik pada File Manager) anda atau menggunakan FTP seperti FileZilla. Terdapat 2 pilihan untuk anda install Magento iaitu:
- samada di dalam folder public_html, iaitu pelawat laman web anda akan akses ke:
http://namadomainanda.com
- atau melalui subfolder di dalam folder public_html, pelawat laman web anda akan akses ke:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Selepas anda upload file Magento, anda perlu extract terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Proses extract ini boleh di buat melalui cPanel -> File Manager. Kemudian tukar file permissions di dalam folder Magento kepada 755.
Langkah 3
Bina satu database serta user menggunakan MySQL database pada cPanel anda. Cara-cara untuk install database, anda boleh baca di post Tutorial Joomla 1.5 yang lepas. Caranya adalah sama untuk buat database Joomla dan database Magento ini.
Langkah 4
Di dalam Tutorial Magento aku ini, aku akan install Magento ke dalam folder public_html/kedaionline. Selepas anda upload dan extract file Magento tersebut, sila ke:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Klik pada check box iaitu “I agree to the above terms and conditions” dan klik pada CONTINUE.
Langkah 5
Pilih zon masa yang sesuai, lokasi dan jenis mata wang. Jika laman web kedai online anda mempunyai pelanggan yang biasanya dari Malaysia, sila pilih Time Zone yang sesuai dengan Malaysia iaitu Asia dan Default Currency adalah MYR / RM.
Klik pada CONTINUE.
Langkah 6
Masukkan database yang telah anda buat tadi. Dan klik pada check box “Skip Base URL validation before next step”.
Klik pada CONTINUE.
Langkah 7
Pada ketika ini, anda perlu memasukkan semua detail yang berkenaan anda dan juga detail untuk admin login. Sila tinggalkan ruangan ENCRYPTION KEY kosong sahaja. Sistem Magento akan buat secara automatik.
Klik pada CONTINUE
Langkah 8
Salin semula encryption key anda atau save dalam Notepad. Key ini akan digunakan untuk encrypt passwords, kad kredit dan juga data-data yang lain. Jangan dedahkan kepada umum.
Tahniah! Proses install Magento ke dalam web hosting anda telah berjaya. Jika anda mempunyai masalah semasa install Magento ini, sila kemukakan diruangan komen di bawah.
Cara-cara Mengendalikan Kedai Online Magento
Selepas anda install Magento di dalam web hosting, anda boleh mula mengendalikan sistem Magento sekarang. Secara default-nya, laman utama adalah seperti gambar di bawah:
Anda perlu login ke bahagian admin terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan pada laman web kedai online anda. Sila masukkan detail sepertimana yang anda isi semasa Install Magento tadi.
Selepas anda login ke bahagian admin, klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION. Sila masukkan detail yang berkenaan dengan kedai online anda.
Selesai masukkan detail-detail tadi, klik pada CATALOG -> MANAGE CATEGORIES untuk set-kan kategori untuk setiap produk yang bakal anda masukkan nanti. Hanya masukkan detail kategori pada ruangan Name sahaja. Dan jangan lupa untuk klik SAVE CATEGORY selepas anda selesai memasukkan nama kategori.
Selepas anda buat nama kategori tersebut, anda boleh mula memasukkan produk-produk anda. Untuk memasukkan produk, klik pada CATALOG -> MANAGE PRODUCTS. Kemudian klik ADD PRODUCT.
Biasanya aku gunakan Product Type: Simple Product. Kemudian klik CONTINUE.
Masukkan kesemua detail yang berkenaan produk anda. Lebih detail produk anda tersebut, lebih senang untuk mendapat belian daripada pelanggan. Jika produk detail hanyalah sedikit dan tak cukup info, kemungkinan besar pelanggan akan mencari laman web kedai online yang lain. Jadi pastikan detail anda adalah jelas dan tepat.
Terdapat detail yang tidak boleh dimuatkan dalam ruangan tersebut, anda perlu buat satu ATTRIBUTE yang baru. Klik pada CREATE NEW ATTRIBUTE. Contohnya anda menjual baju t-shirt untuk dewasa. Sudah pasti t-shirt tersebut mempunyai saiz yang berbeza-beza atau warna yang berlainan. Anda boleh buat ATTRIBUTE baru seperti baju bersaiz S, M, L, XL dan lain-lain. Jadi inilah fungsi Attribute tersebut.
Setelah selesai Attribute anda itu, klik pada SAVE ATTRIBUTE. Dan klik pada SAVE untuk simpan kesemua data yang telah anda masukkan untuk produk anda tadi. Setelah anda tekan butang SAVE tadi, satu paparan skrin akan keluar untuk anda memasukkan harga barangan/produk anda tersebut. Berkenaan harga, anda boleh memasukkan harga biasa, harga diskaun, harga kos, harga selepas dikenakan cukai atau apa-apa sahaja yang patut. Bergantung kepada sistem dan strategi pemasaran anda.
Klik pada SAVE untuk teruskan dengan detail produk baru tadi. Selepas itu anda perlu memasukkan kategori untuk produk baru ini.
Masukkan jumlah kuantiti produk anda yang ada di dalam stok anda sekarang. Kuantiti produk tersebut sahaja, tidak termasuk produk-produk yang lain.
Anda jugak boleh memasukkan detail produk seperti REVIEW daripada pelanggan yang lepas, tag untuk produk tersebut (contohnya jika produk tu Apple iPhone, masukkan tag sebagai APPLE, IPHONE), dan lain-lain lagi yang anda rasa perlu dan berkaitan dengan produk anda tersebut. Memang terlalu banyak pilihan untuk dimasukkan, sebab itu Magento merupakan salah satu platform eCommerce Open Source yang lengkap serta canggih. Setelah selesai, klik pada SAVE dan produk baru anda telah pun dimasukkan ke dalam database kedai online anda. :)
Pada menu utama CATALOG, anda juga boleh set-kan detail berkenaan ATTRIBUTES, REWRITE URL untuk produk tersebut, EDIT TAG, GOOGLEMAP, REVIEW dan RATING.
Pada menu utama PROMOTIONS, anda boleh set setiap promosi (jika ada) untuk setiap produk-produk anda. Tentukan samada pelanggan tersebut layak promosi atau tidak. Contohnya; jika pelanggan tersebut membuat pembelian RM100 keatas, beliau layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10%.
Segala report tentang penjualan di kedai online anda boleh di akses di ruangan admin Magento dan klik pada REPORTS.
Cara-cara Untuk Menukar Template Magento
Sebelum menukar template laman web Magento anda, anda perlu download template tersebut terlebih dahulu. Anda boleh lihat post Koleksi Template Magento Percuma dan Premium. Atau boleh download di laman utama Magento.
Upload Template Magento
Setelah selesai download template, anda perlu extract terlebih dahulu ke dalam PC anda dan upload theme tersebut menggunakan FTP FileZilla di dalam folder seperti berikut:
magento/app/design/frontend/default
dan
magento/skin/frontend/default
Sebagai contoh jika anda masih belum faham, katakanlah nama file template baru tersebut adalah TEMA-SATU. Maka ada dua folder iaitu TEMA-SATU-THEME dan lagi satu TEMA-SATU-SKIN. Anda perlu masukkan yang ada nama “THEME” ke dalam folder:
magento/app/design/frontend/default
Dan folder yang nama “SKIN” ke dalam folder:
magento/skin/frontend/default
Mengikut tutorial ini, aku install Magento ke dalam subdirectory iaitu:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Jadi di dalam FTP akan jadi begini:
public_html/kedaionline/app/design/frontend/default/TEMA-SATU
dan
public_html/kedaionline/skin/frontend/default/TEMA-SATU
Jadikan Template Baru Sebagai Default
Selesai anda upload file template ke dalam folder masing-masing menggunakan FTP, masuk dalam ruangan admin Magento kemudian klik SYSTEM -> CONFIGURATION -> DESIGN. Klik pada THEMES dan masukkan nama theme/template tadi (TEMA-SATU) ke dalam ruangan DEFAULT, LAYOUT, TEMPLATES dan SKIN.
Klik SAVE untuk simpan konfigurasi ini dan template Magento anda yang baru siap di-install. :)
Cara-cara Untuk Menentukan Komponen Muka Hadapan
Di dalam ruangan admin laman web Magento anda, klik pada CMS -> MANAGE PAGES untuk set-kan apa yang perlu ada pada laman utama web Magento anda.
Pilih page mana yang anda ingin ubahsuai mengikut keperluan anda.
STATIC BLOCK merupakan satu komponen untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu di laman web Mangento. Contohnya; anda boleh edit block untuk footer (ruangan paling bawah di laman utama).
POLL MANAGER untuk buat peti undian, dan boleh diletakkan di sidebar pada laman utama samada sebelah kiri atau kanan sidebar.
Cara-cara Untuk Set SSL Certificate Web Magento
Anda tidak pernah dengar tentang SSL certificate? Jika laman web kedai online anda hanya tumpukan jualan dalam Malaysia dan tidak perlukan kad kredit atau Paypal, anda tidak perlu set-kan SSL certificate ini. Hanya laman web kedai online yang menerima pembayaran melalui kad kredit atau Paypal sahaja memerlukan SSL ini. Kegunaan SSL certificate ini untuk melindungi pelanggan anda yang memasukkan data kad kredit supaya tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dalam erti kata lain – HACKERS. Hee..
Jika hosting anda merupakan Shared Hosting, ianya tidak terdapat private SSL. Anda boleh mendapatkannya daripada syarikat webhosting anda sendiri. Biasanya aku beli SSL certificate daripada GoDaddy.com. Untuk set-kan SSL ini, masuk ruangan admin web Magento anda dan klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION -> WEB. Disini anda boleh menentukan URL mana untuk SSL dan non-SSL.
Search Engine Optimization (SEO) Untuk Magento
Login ke bahagian admin web Magento anda, kemudian klik SYSTEM -> CONFIGURATION -> WEB -> SEARCH ENGINE OPTIMIZATION
Cara-cara Menggunakan Customer Management
Pelawat atau bakal pelanggan anda boleh mendaftarkan diri mereka di laman web Magento anda dengan klik pada MY ACCOUNT -> CREATE AN ACCOUNT pada bahagian atas laman utama web Magento. Lihat gambar dibawah:
Sekiranya anda telah pun mempunyai laman web kedai online sebelum ini, dan mempunyai bilangan pelanggan yang tetap disana, anda boleh masukkan data pelanggan anda secara manual di dalam bahagian admin Magento. Klik pada CUSTOMERS -> MANAGE CUSTOMERS untuk edit atau tambah customer anda.
Untuk edit detail pelanggan anda, klik pada EDIT. Disini anda boleh edit semua detail berkenaan pelanggan anda termasuklah USERNAME, PASSWORD, ADDRESS, SHOPPING CART, WISHLIST, REVIEWS dan TAGS.
Sekiranya pelanggan anda terbahagi kepada beberapa kategori atau kumpulan (group), anda boleh edit bahagian ini pada CUSTOMERS -> CUSTOMER GROUPS.
Untuk melihat aktiviti pelanggan anda yang tengah online, klik pada CUSTOMERS -> ONLINE CUSTOMERS. Untuk setup NEWSLETTER untuk pelanggan kedai online anda, masuk ruangan admin Magento dan klik pada menu utama NEWSLETTER.
Dengan fungsi NEWSLETTER di dalam sistem Magento ini, anda boleh menguruskan semua newsletter untuk dihantar kepada pelanggan (sesuai untuk promosi tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru, Cuti Sekolah dll).
Menguruskan Fungsi Shipping dan Payment
Masuk bahagian admin web Magento anda dan klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION -> SALES
Di dalam Tutorial Magento kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk edit Shipping menggunakan USPS (united states portal services) sebab rate USPS memang dah ada dalam sistem Magento. Rate sistem PosLaju masih belum ada. Hee.. Kalau nak buat rate shipping untuk PosLaju aku cadangkan buat Flat Rate untuk kesemua produk mengikut berat produk tersebut. Kemudian cara-cara untuk edit cara pembayaran melalui kad kredit (hanya untuk yang menggunakan SSL Certificate sahaja).
Untuk setting Shipping, anda perlu klik pada SHIPPING SETTINGS. Masukkan data-data yang berkenaan dengan kedai online anda.
Kemudian klik pada SHIPPING METHODS -> USPS.
Untuk menggunakan sistem USPS ini, anda perlu berdaftar dengan laman web rasmi USPS (www.usps.com) terlebih dahulu. Kemudian masukkan GATEWAY URL dan USERID yang diberikan oleh akaun USPS. Pada setting seterusnya anda diberikan ruangan untuk mengisi detail yang berkenaan dengan produk yang dihantar tersebut. Dan seterusnya anda boleh set-kan handling fees (samada tetap atau mengikut percent), cara penghantaran dan lain-lain. Anda juga boleh set untuk bagi FREE SHIPPING sekiranya anda sedang mempromosi produk tersebut atau untuk penghabisan stok. Ini hanya cadangan daripada Baloot saje. Cara ini boleh meningkatkan jualan… :)
Cadangan untuk penghantaran dalam Malaysia: Web eCommerce yang biasa aku buat lepas-lepas menggunakan FLAT RATE untuk shipping iaitu caj penghantaran adalah sama keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pastikan anda mengaut sedikit keuntungan daripada kos penghantaran sebab anda membuat kos yang sama untuk Sabah dan Sarawak dan ini boleh cover sedikit sebanyak.
Jika kedai online anda menawarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, anda boleh set-kan negara mana yang anda tidak mahu untuk servis penghantaran. Contohnya seperti Russia, German atau mana-mana sahaja.
Untuk edit sistem pembayaran online web Magento anda, klik pada ruangan PAYMENT METHODS -> SAVED CC.
Masukkan jenis kad kredit yang boleh diterima, status, negara mana yang bole menerima bayaran melalui kad kredit, dan jumlah yang boleh dibayar menggunakan kad kredit.
Photo Credit: SiteGround.com
Anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan, boleh kemukakan di ruangan komen dibawah. Adakah anda rasa tutorial di-atas boleh membantu anda dalam membina laman web kedai online?







































{ 57 comments… read them below or add one }
tutorial paling panjang ni.
@paklong, agak panjang jugak tu paklong.. tapi takpe, sebab ilmu kan untuk dikongsi bersama-sama.. kalau paklong bercadang nak buat ecommerce, boleh post ni menjadi rujukan nanti..
ye , betul tu. boleh study pelan pelan.
Good Tutorial…keep writing..!
@HariesDesign.com, Thanks my friends.. :)
mantap baloot…semoga sukses slalu.. :D
@syukran, terima kasih.. semoga syukran pun sukses selalu jugak.. :)
Rajin baloot bt tutorial ek..?
Ama baru jer tgh carik info sal ecommerce ni..pasni boleh la gune tutorial baloot ni wat bljr..heeeee
thanks:)
@Ama, ramai IM yang nak mulakan bisnes ecommerce ni sebenarnya. tapi tersangkut sebab pikir pasal modal. jadi baloot dah sediakan tutorial untuk buat laman web ecommerce ni. harap masalah modal tu tak jadi masalah dah.. hee..
nanti Ama nak bisnes ape?
terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh! best ever tutor malay language! oyeah 5star for my friends!
@Najib Hassan, you’re welcome my frens… hee..
p/s: jom g nickcafe..
Thanks Baloot!
http://www.h2jbiz.com
@jai@jaigoku, you’re welcome.. :)
Cara kau menerangkan dalam bahasa melayu sungguh mudah, payah nak cari web tutorial dalam bahasa melayu la ni . Bravo
@haritz, terima kasih saudara haritz.. :) ayat aku dalam bahasa melayu untuk tutorial ni kadang2 tunggang langgang jugak. kalau rasa ada yang berbelit-belit tu, bagitau la ye.. boleh aku terangkan dengan lebih jelas.. hee
Xtaw lagi..Dah ade la sikit2 idea lam otak ni,tp xtaw la bila nak start..hehehe
xpe2 nanti bila Ama nak mula nnti,Ama jemput baloot:)heeee
@Ama, boleh boleh… jangan segan2 nak jemput Baloot. hee.. tapi kalau nak start sekarang ni mungkin agak lambat untuk wat duit raya tu.. hihi.. lebih bagus kalau wat affiliate (kena ada mailing list lagi senang).. :)
best tutorial, mantap beb. hehe, aku suka. nak kena test satu ni. manalah tau, leh jadi cam ko satu hari nnt.
Perghhh… a complete tutorial…
ni yg aku suka lawat blog mr. baloot…byk ilmu kt sini…
Thanksss for sharing…
ps: Nk tanya, plugin apa yg digunakan utk [balas komen]
@aktechpage.com, terima kasih bro.. :)
plugin yang BALAS KOMEN tu namanya:
WP THREAD COMMENT..
wa..bagus tutorial ini
aku sebnarnya tak tau pasal magento ini
yang ini script percuma ker?
ada tak funtion boleh buat option untuk aku letakkan pilihan bahasa
dan pilihan matawang?
satu lagi baloot, magento ini ada script berbayar ker?
kalau ada
apa bezanya?
pastu rawanaz hosting
support tak script ini?
Thanks baloot 4 a good tutorial. Tengah cuba install dan apply dalam website.
bro dah istall.saya tak jumpa admin login..yang ada customer login…kalau customer login tak bleh add item/produk dan sebagainya..camna ekk?
@raman, untuk login ke bahagian admin, tambah ADMIN pada belakang URL website magento bro tu..
ni contoh URL web magento aku: http://store.balootisme.com
jadi untuk login ke bhgn admin: http://store.balootisme.com/admin
lepas tu masukkan USERNAME dan PASSWORD yang Raman daftar masa install Magento tadi..
sapa2 yg ada modal besar tu…dan masa jadi penghalang.. apa lagi…hubungi Baloot terus suh dia buatkan …899 tu x mahal pun.. hehe
@syukran, kalau bro dah test guna Magento ni, boleh amik upah jugak untuk wat web ecommerce.. hee.. :)
slam bro
on ym malam ini
aku dah add bro
ada nak tanya sikit
@sirpunk, sori malam tadi aku tak dapat online YM.. ada hal kat luar.. boleh tinggalkan pesanan guna contact form atau YM.. :)
menarik sgt nie bro… saya dah siap bookmarks bro nyer tutoriol nie..
thanks2 bro.. :)
@yoji, terima kasih yoji.. :) nanti nak guna magento ni kalau ada apa2 problem, jangan segan untuk bertanya.. hee..
wah menarik betul tutorial ni, nanti kalau ada masa boleh mencuba
baloot teruskan usaha anda membantu orang yang tidak tahu
@waka, terima kasih waka kerana sudi luangkan masa untuk lawat Baloot’s BLog ni.. :)
Eerrk!
Kak tie memang blur bab2 ni…
Tak pe laa… bagi peluang pada orang yang minat, ya…
@Tie, its ok kak tie.. sape yang berminat nak buat laman web ecommerce je yang mungkin faham bab teknikal camni. :)
tak susah nak faham cuma tak tahu pangkal ujung je.. hee
wow! ko mmg antara org melayu paling rajin lah. sebenornya aku bru je bace post ko ni. time pose lepas kat opis, aku boring2 setup magento ni kat localhost je. sbb nak study lagi, padahal dah tau lame dah si magento ni. byk lah nak kene study ni selok beloknya. bace2 artikel and try hands-on. tapi xbk beza dgn virtuamart. anyway, insyallah kalo dah penoh ilmu didada ditambah dgn artikel ko ni. aku akan menginstall plak dlm secara online. ble aku nego jual kepok lekor secara online…wahwah. amacam?
p/s-apsal mahal sgt service ko tu?
Install Magento cara online dan offline tak banyak bezanya. Lebih kurang je. Yang beza kat nak create database je kan. :) Magento dengan Virtuemart banyak bezanya dari segi teknikal dan customization. Dan Virtuemart lebih senang sebab tak banyak function mcm Magento. Huhu..
Nego keropok lekor pun orait jugak bro. Buat la kuih2 tradisional yang lain jugak. Hee.. Yang penting ada sumber yang tak putus je.
Servis laman web ecommerce ke? Aku rasa harga RM899 tu antara yang paling murah dah dalam Malaysia ni. Tak caya cuba cek website2 lain. Hee.. :) Lagipun tu harga promosi, harga sebenar aku caj RM1500++. Aku bukan guna Magento atau Virtuemart, sbb tu ko rasa mahal. Aku guna scripts yang berbayar..