Magento. Nama yang tidak asing lagi untuk web developer yang sering develop laman web untuk eCommerce. Di Malaysia, aku rasa tak ramai yang biasa guna Magento ni. Kebanyakannya guna osCommerce, Zencart, Cube Cart dan lain-lain lagi. Kali ini aku akan berkongsi dengan anda semua Cara-cara Untuk Buat Laman Web Kedai Online atau eCommerce Menggunakan Magento.
Magento ni merupakan satu platform khas untuk buat laman web kedai online yang Open Source, bermakna ianya adalah PERCUMA untuk dapatkan platform ini. Sama macam Joomla dan WordPress. Magento mempunyai pelbagai fungsi serta alatan untuk menjadikannya sebagai sebuah platform laman web kedai online yang canggih serta terkini buat masa sekarang. Untuk menggunakan platform Magento ini, tidak semua company webhosting yang boleh support. Aku cadangkan supaya anda dapatkan hosting daripada Exabytes.com.my untuk menggunakan sistem Magento ini.
Di dalam Tutorial Magento ini, aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk install sistem platform kedai online Magento ke dalam hosting anda serta cara-cara untuk menggunakan sistem Magento ini. Antara yang bakal anda pelajari di dalam tutorial Magento ini:
- Install Magento ke dalam akaun web hosting
- Mengendalikan laman web kedai online Magento
- Menukar theme / template Magento
- Menentukan komponen laman utama (home page) laman web kedai online Magento
- Set SSL certificate di Magento
- Meng-SEO-kan kedai online Magento untuk Search Engine
- Cara-cara menggunakan Magento customer manager
- Set-kan modul di dalam Magento untuk Shipping dan Payment
Antara ciri-ciri utama Magento adalah:
- analytics and reporting
- product browsing
- catalog browsing
- catalog management
- customer accounts
- customer service
- order management
- payment
- shipping
- checkout
- search engine optimization (seo)
- international support
- marketing promotions dan tools
- site management
Cara-cara Untuk Install Magento ke Akaun Web Hosting
Peringatan: Sebelum install Magento, sila pastikan web hosting anda menggunakan PHP version 5.2.x dan ke atas. Exabytes.com.my menawarkan perkhidmatan hosting yang memang cukup sesuai dengan sistem Magento.
Langkah 1
Download / muat turun file Magento eCommerce daripada laman web rasmi:
http://www.magentocommerce.com/download
Langkah 2
Upload / muat naik file tersebut melalui cPanel (klik pada File Manager) anda atau menggunakan FTP seperti FileZilla. Terdapat 2 pilihan untuk anda install Magento iaitu:
- samada di dalam folder public_html, iaitu pelawat laman web anda akan akses ke:
http://namadomainanda.com
- atau melalui subfolder di dalam folder public_html, pelawat laman web anda akan akses ke:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Selepas anda upload file Magento, anda perlu extract terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Proses extract ini boleh di buat melalui cPanel -> File Manager. Kemudian tukar file permissions di dalam folder Magento kepada 755.
Langkah 3
Bina satu database serta user menggunakan MySQL database pada cPanel anda. Cara-cara untuk install database, anda boleh baca di post Tutorial Joomla 1.5 yang lepas. Caranya adalah sama untuk buat database Joomla dan database Magento ini.
Langkah 4
Di dalam Tutorial Magento aku ini, aku akan install Magento ke dalam folder public_html/kedaionline. Selepas anda upload dan extract file Magento tersebut, sila ke:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Klik pada check box iaitu “I agree to the above terms and conditions” dan klik pada CONTINUE.
Langkah 5
Pilih zon masa yang sesuai, lokasi dan jenis mata wang. Jika laman web kedai online anda mempunyai pelanggan yang biasanya dari Malaysia, sila pilih Time Zone yang sesuai dengan Malaysia iaitu Asia dan Default Currency adalah MYR / RM.
Klik pada CONTINUE.
Langkah 6
Masukkan database yang telah anda buat tadi. Dan klik pada check box “Skip Base URL validation before next step”.
Klik pada CONTINUE.
Langkah 7
Pada ketika ini, anda perlu memasukkan semua detail yang berkenaan anda dan juga detail untuk admin login. Sila tinggalkan ruangan ENCRYPTION KEY kosong sahaja. Sistem Magento akan buat secara automatik.
Klik pada CONTINUE
Langkah 8
Salin semula encryption key anda atau save dalam Notepad. Key ini akan digunakan untuk encrypt passwords, kad kredit dan juga data-data yang lain. Jangan dedahkan kepada umum.
Tahniah! Proses install Magento ke dalam web hosting anda telah berjaya. Jika anda mempunyai masalah semasa install Magento ini, sila kemukakan diruangan komen di bawah.
Cara-cara Mengendalikan Kedai Online Magento
Selepas anda install Magento di dalam web hosting, anda boleh mula mengendalikan sistem Magento sekarang. Secara default-nya, laman utama adalah seperti gambar di bawah:
Anda perlu login ke bahagian admin terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan pada laman web kedai online anda. Sila masukkan detail sepertimana yang anda isi semasa Install Magento tadi.
Selepas anda login ke bahagian admin, klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION. Sila masukkan detail yang berkenaan dengan kedai online anda.
Selesai masukkan detail-detail tadi, klik pada CATALOG -> MANAGE CATEGORIES untuk set-kan kategori untuk setiap produk yang bakal anda masukkan nanti. Hanya masukkan detail kategori pada ruangan Name sahaja. Dan jangan lupa untuk klik SAVE CATEGORY selepas anda selesai memasukkan nama kategori.
Selepas anda buat nama kategori tersebut, anda boleh mula memasukkan produk-produk anda. Untuk memasukkan produk, klik pada CATALOG -> MANAGE PRODUCTS. Kemudian klik ADD PRODUCT.
Biasanya aku gunakan Product Type: Simple Product. Kemudian klik CONTINUE.
Masukkan kesemua detail yang berkenaan produk anda. Lebih detail produk anda tersebut, lebih senang untuk mendapat belian daripada pelanggan. Jika produk detail hanyalah sedikit dan tak cukup info, kemungkinan besar pelanggan akan mencari laman web kedai online yang lain. Jadi pastikan detail anda adalah jelas dan tepat.
Terdapat detail yang tidak boleh dimuatkan dalam ruangan tersebut, anda perlu buat satu ATTRIBUTE yang baru. Klik pada CREATE NEW ATTRIBUTE. Contohnya anda menjual baju t-shirt untuk dewasa. Sudah pasti t-shirt tersebut mempunyai saiz yang berbeza-beza atau warna yang berlainan. Anda boleh buat ATTRIBUTE baru seperti baju bersaiz S, M, L, XL dan lain-lain. Jadi inilah fungsi Attribute tersebut.
Setelah selesai Attribute anda itu, klik pada SAVE ATTRIBUTE. Dan klik pada SAVE untuk simpan kesemua data yang telah anda masukkan untuk produk anda tadi. Setelah anda tekan butang SAVE tadi, satu paparan skrin akan keluar untuk anda memasukkan harga barangan/produk anda tersebut. Berkenaan harga, anda boleh memasukkan harga biasa, harga diskaun, harga kos, harga selepas dikenakan cukai atau apa-apa sahaja yang patut. Bergantung kepada sistem dan strategi pemasaran anda.
Klik pada SAVE untuk teruskan dengan detail produk baru tadi. Selepas itu anda perlu memasukkan kategori untuk produk baru ini.
Masukkan jumlah kuantiti produk anda yang ada di dalam stok anda sekarang. Kuantiti produk tersebut sahaja, tidak termasuk produk-produk yang lain.
Anda jugak boleh memasukkan detail produk seperti REVIEW daripada pelanggan yang lepas, tag untuk produk tersebut (contohnya jika produk tu Apple iPhone, masukkan tag sebagai APPLE, IPHONE), dan lain-lain lagi yang anda rasa perlu dan berkaitan dengan produk anda tersebut. Memang terlalu banyak pilihan untuk dimasukkan, sebab itu Magento merupakan salah satu platform eCommerce Open Source yang lengkap serta canggih. Setelah selesai, klik pada SAVE dan produk baru anda telah pun dimasukkan ke dalam database kedai online anda. :)
Pada menu utama CATALOG, anda juga boleh set-kan detail berkenaan ATTRIBUTES, REWRITE URL untuk produk tersebut, EDIT TAG, GOOGLEMAP, REVIEW dan RATING.
Pada menu utama PROMOTIONS, anda boleh set setiap promosi (jika ada) untuk setiap produk-produk anda. Tentukan samada pelanggan tersebut layak promosi atau tidak. Contohnya; jika pelanggan tersebut membuat pembelian RM100 keatas, beliau layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10%.
Segala report tentang penjualan di kedai online anda boleh di akses di ruangan admin Magento dan klik pada REPORTS.
Cara-cara Untuk Menukar Template Magento
Sebelum menukar template laman web Magento anda, anda perlu download template tersebut terlebih dahulu. Anda boleh lihat post Koleksi Template Magento Percuma dan Premium. Atau boleh download di laman utama Magento.
Upload Template Magento
Setelah selesai download template, anda perlu extract terlebih dahulu ke dalam PC anda dan upload theme tersebut menggunakan FTP FileZilla di dalam folder seperti berikut:
magento/app/design/frontend/default
dan
magento/skin/frontend/default
Sebagai contoh jika anda masih belum faham, katakanlah nama file template baru tersebut adalah TEMA-SATU. Maka ada dua folder iaitu TEMA-SATU-THEME dan lagi satu TEMA-SATU-SKIN. Anda perlu masukkan yang ada nama “THEME” ke dalam folder:
magento/app/design/frontend/default
Dan folder yang nama “SKIN” ke dalam folder:
magento/skin/frontend/default
Mengikut tutorial ini, aku install Magento ke dalam subdirectory iaitu:
http://namadomainanda.com/kedaionline
Jadi di dalam FTP akan jadi begini:
public_html/kedaionline/app/design/frontend/default/TEMA-SATU
dan
public_html/kedaionline/skin/frontend/default/TEMA-SATU
Jadikan Template Baru Sebagai Default
Selesai anda upload file template ke dalam folder masing-masing menggunakan FTP, masuk dalam ruangan admin Magento kemudian klik SYSTEM -> CONFIGURATION -> DESIGN. Klik pada THEMES dan masukkan nama theme/template tadi (TEMA-SATU) ke dalam ruangan DEFAULT, LAYOUT, TEMPLATES dan SKIN.
Klik SAVE untuk simpan konfigurasi ini dan template Magento anda yang baru siap di-install. :)
Cara-cara Untuk Menentukan Komponen Muka Hadapan
Di dalam ruangan admin laman web Magento anda, klik pada CMS -> MANAGE PAGES untuk set-kan apa yang perlu ada pada laman utama web Magento anda.
Pilih page mana yang anda ingin ubahsuai mengikut keperluan anda.
STATIC BLOCK merupakan satu komponen untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu di laman web Mangento. Contohnya; anda boleh edit block untuk footer (ruangan paling bawah di laman utama).
POLL MANAGER untuk buat peti undian, dan boleh diletakkan di sidebar pada laman utama samada sebelah kiri atau kanan sidebar.
Cara-cara Untuk Set SSL Certificate Web Magento
Anda tidak pernah dengar tentang SSL certificate? Jika laman web kedai online anda hanya tumpukan jualan dalam Malaysia dan tidak perlukan kad kredit atau Paypal, anda tidak perlu set-kan SSL certificate ini. Hanya laman web kedai online yang menerima pembayaran melalui kad kredit atau Paypal sahaja memerlukan SSL ini. Kegunaan SSL certificate ini untuk melindungi pelanggan anda yang memasukkan data kad kredit supaya tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dalam erti kata lain – HACKERS. Hee..
Jika hosting anda merupakan Shared Hosting, ianya tidak terdapat private SSL. Anda boleh mendapatkannya daripada syarikat webhosting anda sendiri. Biasanya aku beli SSL certificate daripada GoDaddy.com. Untuk set-kan SSL ini, masuk ruangan admin web Magento anda dan klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION -> WEB. Disini anda boleh menentukan URL mana untuk SSL dan non-SSL.
Search Engine Optimization (SEO) Untuk Magento
Login ke bahagian admin web Magento anda, kemudian klik SYSTEM -> CONFIGURATION -> WEB -> SEARCH ENGINE OPTIMIZATION
Cara-cara Menggunakan Customer Management
Pelawat atau bakal pelanggan anda boleh mendaftarkan diri mereka di laman web Magento anda dengan klik pada MY ACCOUNT -> CREATE AN ACCOUNT pada bahagian atas laman utama web Magento. Lihat gambar dibawah:
Sekiranya anda telah pun mempunyai laman web kedai online sebelum ini, dan mempunyai bilangan pelanggan yang tetap disana, anda boleh masukkan data pelanggan anda secara manual di dalam bahagian admin Magento. Klik pada CUSTOMERS -> MANAGE CUSTOMERS untuk edit atau tambah customer anda.
Untuk edit detail pelanggan anda, klik pada EDIT. Disini anda boleh edit semua detail berkenaan pelanggan anda termasuklah USERNAME, PASSWORD, ADDRESS, SHOPPING CART, WISHLIST, REVIEWS dan TAGS.
Sekiranya pelanggan anda terbahagi kepada beberapa kategori atau kumpulan (group), anda boleh edit bahagian ini pada CUSTOMERS -> CUSTOMER GROUPS.
Untuk melihat aktiviti pelanggan anda yang tengah online, klik pada CUSTOMERS -> ONLINE CUSTOMERS. Untuk setup NEWSLETTER untuk pelanggan kedai online anda, masuk ruangan admin Magento dan klik pada menu utama NEWSLETTER.
Dengan fungsi NEWSLETTER di dalam sistem Magento ini, anda boleh menguruskan semua newsletter untuk dihantar kepada pelanggan (sesuai untuk promosi tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru, Cuti Sekolah dll).
Menguruskan Fungsi Shipping dan Payment
Masuk bahagian admin web Magento anda dan klik pada SYSTEM -> CONFIGURATION -> SALES
Di dalam Tutorial Magento kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk edit Shipping menggunakan USPS (united states portal services) sebab rate USPS memang dah ada dalam sistem Magento. Rate sistem PosLaju masih belum ada. Hee.. Kalau nak buat rate shipping untuk PosLaju aku cadangkan buat Flat Rate untuk kesemua produk mengikut berat produk tersebut. Kemudian cara-cara untuk edit cara pembayaran melalui kad kredit (hanya untuk yang menggunakan SSL Certificate sahaja).
Untuk setting Shipping, anda perlu klik pada SHIPPING SETTINGS. Masukkan data-data yang berkenaan dengan kedai online anda.
Kemudian klik pada SHIPPING METHODS -> USPS.
Untuk menggunakan sistem USPS ini, anda perlu berdaftar dengan laman web rasmi USPS (www.usps.com) terlebih dahulu. Kemudian masukkan GATEWAY URL dan USERID yang diberikan oleh akaun USPS. Pada setting seterusnya anda diberikan ruangan untuk mengisi detail yang berkenaan dengan produk yang dihantar tersebut. Dan seterusnya anda boleh set-kan handling fees (samada tetap atau mengikut percent), cara penghantaran dan lain-lain. Anda juga boleh set untuk bagi FREE SHIPPING sekiranya anda sedang mempromosi produk tersebut atau untuk penghabisan stok. Ini hanya cadangan daripada Baloot saje. Cara ini boleh meningkatkan jualan… :)
Cadangan untuk penghantaran dalam Malaysia: Web eCommerce yang biasa aku buat lepas-lepas menggunakan FLAT RATE untuk shipping iaitu caj penghantaran adalah sama keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pastikan anda mengaut sedikit keuntungan daripada kos penghantaran sebab anda membuat kos yang sama untuk Sabah dan Sarawak dan ini boleh cover sedikit sebanyak.
Jika kedai online anda menawarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, anda boleh set-kan negara mana yang anda tidak mahu untuk servis penghantaran. Contohnya seperti Russia, German atau mana-mana sahaja.
Untuk edit sistem pembayaran online web Magento anda, klik pada ruangan PAYMENT METHODS -> SAVED CC.
Masukkan jenis kad kredit yang boleh diterima, status, negara mana yang bole menerima bayaran melalui kad kredit, dan jumlah yang boleh dibayar menggunakan kad kredit.
Photo Credit: SiteGround.com
Anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan, boleh kemukakan di ruangan komen dibawah. Adakah anda rasa tutorial di-atas boleh membantu anda dalam membina laman web kedai online?







































{ 57 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
hoho…perlu gak la kene verrified sll cardcredit tu. kalo ada local user beli produk kite camne? sbb magento xd sediakan local service. so?
Servis penghantaran untuk local guna shipping Pos Laju. Letak info pasal local shipping kat dalam FAQ. Jadi masa buat produk listing tu, masukkan link ke FAQ untuk servis penghantaran ke Malaysia sahaja.
Faham ke maksud aku ni? :)
p/s: sorry lambat reply ye bro, agak bz cket nak siapkan eCommerce client. skrg agak lapang cket dah. hee..
service penghantaran
Hey, come join us as ‘ a friend of web developers’ at http://www.1.com.my. We share a lot of information on web hosting and web developing here at http://www.1.com.my/2009/09/13/a-friend-of-web-developers/
Do check out and you may share some of your web hosting tutorials there! Im sure you will also benefit a lot from there.
TQ Pin, will check it out soon. :)
ffaham dah. gitu je. nanti aku nak try wat kedai sendirik. bini aku kepingin nak online shope.
Orait bro, gud luck dalam ber-bisnes online ni. Bagus tu berniaga online. Boleh jimatkan pelbagai kos. Lagi best boleh niaga secara part-time je. :)
ok semua u punye biz berkembang. papehal sy refer u lah. tq
ok semuga u punye biz berkembang. papehal sy refer u lah. tq
wah…mantap gile….teruja melihatnya…huhuhuhuhu
waaa…panjang benor tutorial die
bleh buat ebook doh nie..hehe
gud2..aq pom tgh terkapai2 mencari platform bru untk ecommerce nie
good article bro…. thanks
Baloot saya dah ikut semua proses install magento, tapi kat tukar fail permission kepada 755..Yang ni buat jem..
Tukar file permission guna Filezilla. Masa kat dalam FTP tu, right-click pada file yang nak di-tukar permission-nya, dan tukar kpd yang sepatutnya. :)
Antara Magento dengan Prestashop – apa komen Baloot?
baloot..nak ty..klu nak beli private ssl tu kat malaysia mana ek?
lagi satu..utk malaysia nyer payment gateway camne nak set ek?
salam baloot,
nak tanya experience awak aa…saya tgh godek magento gak nih, baru last week start.. awat lar bila kita pilih base currency = Ringgit Malaysia, kat box allowed currency terus ilang list currency yg lain2?..naper eek?..cenggini tak bley aa nak guna currency selector..
lagi satu pernah tak awak setup payment ke moneybookers? saya stuck kat secret word tuh, tak tahu mana nak dptkan secret word tu…tanya moneybookers pon tak berjawab..
lagi satu, kalau nak integrate ngan paypal, kita mmg takde choice, mmg tak boleh guna base currency RM kan, since paypal tak allowed lagi rm.. apa choice lain utk online payment yg free register?..nak guna ipay88 tak mampu la plaks…
thanks you bro
@sichantek, jawapan utk soklan sendiri..
moneybookers dah reply email saya, dr pemahaman saya..kita kene setup account merchant (kalau normal account, moneybookers tak tanya Website Url) kat http://www.moneybookers.com/partners/magento/payment-method/ then baru diorg activatekan acc kita… then baru diorg activatekan secret word nyer menu.
ni saya pastekan email dr moneybookers, just for sharing :
” Thank you for considering Moneybookers as your online payment solution.
If you will be using magento as your software solution, we are pleased to inform you that Moneybookers is compatible with their platform. Please visit the landing page below for a hustle – free “3 – step integration”.
http://www.moneybookers.com/partners/magento/
In order for us to proceed further with the account activation. Please provide us with the URL of your website.
Please note also that your web site should be fully operational; we would also like to ask that you include the following on your website:
- Full Terms and Conditions
- Privacy Policy – How do you deal with your customers’ personal information?
- Returns Policy – What happens if one of your customers wants to send something back?
- Full contact details – Where do they return the items to? (Address and phone number please)
You may be able to obtain all of this information from your software provider if you don’t have it already.
We are looking forward to your reply and if you have any further questions then please contact us.
Best Regards,
Moneybookers Merchant Services ”
Kalau guna base currency RM, moneybookers takde masalah sbb dia boleh accept transaction RM.
Tp saya masih nak tahu, ada tak sapa2 pernah guna base currency RM, dan setkan Paypal as payment gateway?… saya punyer Paypal tak muncul kalau guna base RM, kalau Base USD dia muncul dgn jayanya…
TQ
salam
nak tanya satu ni, dapat ke magento set kan seperti menerima bayaran dari bank tempatan?
terima kasih
@Rizwan: Yup Magento boleh terima bayaran daripada bank tempatan seperti Maybank, CIMB. Tapi kena guna payment gateway la untuk bayaran secara automatik.
Boleh guna Netbuilder atau iPay88. :)
p/s: Maaf lambat reply..
← Previous Comments