joomla-wordpress-malaysia-web-developer-web-designer

Hi, call me Baloot. I'm from Kota Bharu, Kelantan. I design websites using Joomla and Wordpress. I also do an e-Commerce web development...

Tutorial Joomla 1.5: Cara-cara Untuk Buat Artikel, Contact Us, Link ke Artikel dan Poll

by Baloot MX

in Joomla,Tutorial

tutorial-joomla-1

Ini merupakan sambungan Tutorial Joomla daripada Part 1 dan Part 2 yang lepas. Jika anda belum baca tutorial tersebut, boleh la baca sekarang. Kalau tak faham, sila tinggalkan komen di ruangan komen. InsyaAllah aku akan membantu dalam masa terdekat. Yang penting, anda mahu mencuba. Jangan takut untuk mencuba. Hee..

Apa yang akan aku kongsikan bersama untuk tutorial kali ini:

  • Cara-cara untuk buat artikel
  • Cara-cara untuk buat Contact page
  • Cara-cara untuk link-kan artikel anda ke menu
  • Cara-cara untuk menggunakan Poll (undian)

Selepas anda Install Joomla 1.5 samada menggunakan Fantastico ataupun secara manual, anda boleh mula untuk memasukkan ISI-ISI (content) dalam laman web Joomla. Ingat link untuk akses ke laman web anda? Untuk akses ke laman admin, anda boleh ke:

http://domain-anda.com/administrator

Gantikan domain-anda dengan NAMA DOMAIN ANDA. 

tutorial-asas-joomla-1

Cara-cara Untuk Buat Artikel

Jika anda install laman web Joomla anda menggunakan Fantastico atau secara manual dan install Sample Data, secara automatik-nya beberapa artikel telah pun tersedia dan di-PUBLISH. Anda boleh tengok artikel tersebut di Content -> Article Manager pada bahagian admin laman web Joomla anda.

tutorial-asas-joomla-2

Anda boleh klik pada artikel tersebut dan anda sekarang berada pada EDIT MODE untuk artikel yang anda klik tadi. Di dalam EDIT MODE ini, anda boleh tukar TITLE artikel, isi kandungan artikel tersebut dan sebagai-nya. Sebelum buat artikel baru, anda boleh UNPUBLISHED artikel-artikel daripada sample data tersebut. Untuk lakukan ini, pergi ke Content -> Article Manager tadi. Kemudian TICK pada kesemua artikel yang anda nak UNPUBLISHED tadi.

Nota: Anda boleh UNPUBLISHED atau TRASH-kan artikel-artikel tadi. Tapi aku cadangkan UNPUBLISHED sebab mungkin artikel tersebut anda boleh membuat rujukan untuk masa hadapan.

tutorial-asas-joomla-3

Sekarang, kita belajar untuk buat artikel (atau page) yang pertama. Kita namakan artikel tersebut sebagai “About Us”.

Langkah 1

Klik pada NEW di bahagian atas pada Content -> Article Manager

tutorial-asas-joomla-4

Langkah 2

Masukkan beberapa data yang berkenaan dengan artikel anda tersebut

Title: About Us
Alias: Tinggalkan kosong sahaja kerana ianya akan di-create secara automatik oleh sistem Joomla.
Section: Uncategorized
Category: Uncategorized
Published: Yes (Jika ianya tidak di-Published, artikel ini tidak dapat dilihat oleh pelawat ke laman web Joomla anda, dan akan jadi sebagai DRAFT sahaja)
Frontpage: Yes (Ini untuk paparkan artikel ini pada LAMAN UTAMA (main page) laman web Joomla anda

Pada ruangan text field, masukkan artikel yang berkaitan dengan anda (contohnya, artikel berkenaan siapa anda, syarikat anda dan sebagainya).

Langkah 3

Anda boleh memasukkan gambar anda atau logo syarikat anda. Untuk memasukkan gambar, klik pada ikon IMAGE pada bahagian bawah text field.

tutorial-asas-joomla-5

Langkah 4

Gambar anda masih belum di-upload bukan? Untuk upload gambar,  tekan UPLOAD FILE untuk upload (atau muat-naik) gambar anda. Pilih gambar yang anda mahu daripada PC/Laptop anda. Dan tekan START UPLOAD.

tutorial-asas-joomla-6

Langkah 5

Setelah gambar yang di-upload selesai, anda akan nampak gambar yang di-upload tadi pada pilihan gambar-gambar yang banyak termasuklah ‘default images’ daripada sample data Joomla. Klik pada gambar yang anda upload tadi dan tekan INSERT untuk memasukkan gambar anda ke dalam artikel yang anda sedang buat. Posisi gambar anda boleh digerakkan dengan men-DRAG sahaja. Atau tekan pada gambar POHON (warna hijau) untuk edit spesifikasi gambar tersebut.

Langkah 6

Langkah terakhir yang anda perlu lakukan untuk save artikel ini, klik pada butang SAVE.

tutorial-asas-joomla-7

Cara Untuk Buat Contact Page

Contact page ini merupakan perkara yang WAJIB bagi setiap laman web. Tak kira samada laman web anda jenis apa sekalipun. Ini untuk memudahkan pelawat laman web Joomla anda untuk menghubungi anda, melalui email ataupun telefon/handphone. Sekarang aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk buat Contact page supaya pelawat laman web anda boleh menghubungi anda melalui email.

Langkah 1

Anda perlu buat satu kategori untuk Contacts. Klik pada Components -> Contacts -> Categories

tutorial-asas-joomla-contact-page-1

Langkah 2

Klik pada NEW. Anda perlu buat satu kategori untuk letakkan kategori Contact page ini. Kita namakan-nya “General” dan klik pada SAVE.

tutorial-asas-joomla-contact-page-2

Langkah 3

Klik pada Components -> Contacts -> Contacts

tutorial-asas-joomla-contact-page-3

Langkah 4

Klik pada NEW dan masukkan info-info tentang Contact page anda. Anda perlu pastikan email yang anda masukkan adalah betul. Sila cek lagi sekali untuk memastikan ianya adalah betul. Setiap pelawat yang menggunakan Contact page ini akan anda terima email-nya ke email yang anda masukkan disini. Jika anda memasukkan email yang salah, pelawat tidak dapat menghubungi anda dan ini satu kesilapan yang besar.

Langkah 5

Anda juga perlu tick pada HIDE dekat “Name” di bawah CONTACT PARAMETERS. Ini untuk mengelakkan duplicate nama pelawat anda sekiranya kebetulan mempunyai nama yang sama.

Langkah 6

Klik SAVE setelah anda selesai isi semua detail pada INFORMATION. Biarkan sahaja yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS secara default, anda tak perlu usik yang lain-lain. Kalau nak custom, boleh-lah modify yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS tersebut.

tutorial-asas-joomla-contact-page-4

Siaplah Contact page anda dan anda telah pun PUBLISH. Anda boleh testing Contact page tersebut samada berfungsi dengan betul ataupun tidak.

Cara-cara Untuk Link-kan Artikel ke Menu

Di dalam bahagian Tutorial Asas Joomla ini, aku akan berkongsi cara-cara untuk link-kan artikel yang anda buat tadi ke menu-menu utama ataupun menu di sidebar. Setelah mempelajari tutorial ini, anda akan dapat luaskan lagi penggunaan artikel ini ke seluruh bahagian laman web Joomla anda. Jangan takut untuk mencuba, kalau tak faham boleh tanya aku. Hee..

Untuk buatkan sesuatu page itu boleh di lawat oleh pelawat laman web anda, page itu hendaklah di link-kan dengan menu terlebih dahulu. Untuk lakukan ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1

Klik pada Menus -> Main Menu*

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-1

Langkah 2

Delete kesemua link-link yang berada di bahagian Main Menu yang asal (untuk yang install Sample Data sahaja). Cara untuk delete kesemua link ini sama dengan Langkah yang anda lakukan di artikel. Pilih kesemua link dan tekan TRASH. Satu pop-up menu akan keluar iaitu, “You cannot trash the default menu item“. Abaikan sahaja pop-up ini.

Langkah 3

Sekarang anda perlu letakkan link kepada artikel anda dan Contact page yang anda baru sahaja buat tadi. Untuk lakukan ini, tekan NEW (terletak di kiri atas menu) dan pilih Internal Link -> Article -> Article Layout.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-2

Langkah 4

Masukkan info-info yang berkenaan dengan link tersebut. Kita namakan link ini sebagai “About Us”. Untuk pilih artikel yang mana hendak dimasukkan, tekan SELECT di bawah bahagian PARAMETERS – BASIC.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-3

Langkah 5

Satu paparan skrin gelap akan keluar untuk anda buat pilihan artikel mana-kah untuk dimuatkan untuk link tersebut. Untuk kes kali ini, pilih “About Us” yang anda telah buat tadi.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-4

Langkah 6

Klik pada SAVE di bahagian kanan-atas untuk save-kan link anda. Sekarang, anda boleh view main page laman web Joomla anda untuk memastikan segala-nya tepat seperti yang anda jangkakan. Jika anda mempunyai masalah di-sini, sila kemukakan di ruangan komen.

Cara-cara untuk Set-kan Page Sebagai Default Menu

Anda sekarang masih lagi berada di MENU ITEM MANAGER, set-kan page “About Us” anda sebagai default.

Langkah 1

Untuk lakukan ini, TICK pada link “About Us” dan tekan DEFAULT pada bahagian atas menu.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-5

Langkah 2 (Optional)

Anda juga boleh buang-kan sahaja menu “HOME” jika anda tidak mahu menggunakan-nya sebab kita sudah tidak perlukan lagi kerana page “About Us” menjadi default page sekarang.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-6

Cara-cara untuk masukkan “Contact Us” page ke menu

Langkah 1

Untuk lakukan ini, anda perlu buat satu link terlebih dahulu ke page “Contact Us” ini. Klik pada ikon NEW pada bahagian atas menu dalam admin dan pilih Internal Link -> Contacts -> Category -> Standard Contact Layout

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-7

Langkah 2

Masukkan info tentang menu anda tersebut iaitu “Contact Us” dan klik pada SAVE untuk save menu ini.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-8

Cara-cara Untuk Menggunakan Poll (Undian)

Undian penting jika anda ingin mendapatkan pandangan pelawat ke laman web Joomla anda. Contohnya undian untuk mengetahui PERINGKAT UMUR, PANDANGAN TENTANG PRODUK dan lain-lain. Apa-apa saja yang anda inginkan undian, semuanya boleh dilakukan di Poll. Untuk setup poll, ikuti langkah-langkah dibawah ini.

Langkah 1

Di dalam menu utama Administrator Joomla anda, klik pada Components -> Polls

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-1

Langkah 2

Klik NEW pada bahagian kanan-atas pada menu. Anda namakan Poll anda tersebut sebagai “What Do You Think About Our Site?

Langkah 3

Di dalam menu sebelah kiri, namakan option-option Poll anda sebagai: “Great”, “Not Bad”, “Awful”.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-2

Langkah 4

Untuk save Poll ini, klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu.

Langkah 5

Sekarang Poll anda telah pun di-publish dan anda perlu paparkan kepada pelawat laman web Joomla anda. Pergi ke menu utama Administrator Joomla anda dan klik pada Extensions -> Module Manager.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-3

Langkah 6

Klik pada NEW di bahagian kanan-atas menu, cari POLL daripada listing tersebut dan tick-kan.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-4

Langkah 7

Klik NEXT pada bahagian kanan-atas menu

Langkah 8

Masukkan tajuk Poll anda tersebut. Dalam kes ini, kita namakan-nya sebagai “What do you think about our site?“.

Langkah 9

Set-kan SHOW TITLE kepada NO.

Langkah 10

Pada kotak di bahagian kanan iaitu Module Parameters -> Poll, cari nama Poll anda tadi iaitu “What do you think about our site?“.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-5

Langkah 11

Klik pada SAVE untuk save Poll anda (bahagian kanan-atas menu). Sekarang, Poll anda telah pun dipaparkan di laman web Joomla. Lihat MAIN PAGE laman web Joomla anda sekarang. Poll anda masih lagi belum dipaparkan? Sila tinggalkan komen di bawah post ini, dalam masa terdekat aku akan tolong settle-kan masalah anda. Jangan segan untuk bertanya.

Adakah anda telah pun praktikkan kesemua tutorial diatas? Kongsikan bersama dengan aku apa yang telah anda lakukan di ruangan komen dibawah. Jika anda mempunyai masalah berkaitan Joomla atau tutorial diatas, luahkan di bahagian komen dibawah ini.

Semua gambar yang digunakan adalah hak milik SiteGround.com.

{ 46 comments… read them below or add one }

blinkky July 21, 2009 at 12:40 am

Bagus untuk sesiapa yang nak belajar Joomla =)

blinkky’s last blog post..Great Photo Effect With BeFunky.com

Reply

Baloot MX July 21, 2009 at 11:01 pm

@blinkky, terima kasih blinkky kerana sudi meluangkan masa untuk lawat blog aku.. yup blowie, tutorial diatas sesuai untuk mana-mana orang perseorangan yang nak belajar Joomla.

Reply

blowie July 21, 2009 at 10:55 pm

bagi contoh sket site yg pakai joomla ni :D

blowie’s last blog post..[Photo] SHOUT! Awards 2009! DAMN GOOD!

Reply

Baloot MX July 21, 2009 at 10:59 pm

@blowie, ni contoh laman web menggunakan Joomla yang paling latest aku develop:

http://edahani.com
http://oneasiabiz.com
http://balootisme.com (web aku, tapi under contruction sbb tgh update content)

Reply

hafisdn July 22, 2009 at 9:12 am

waw2…cayala. bila nak buat kusus joomla.

hafisdn’s last blog post..Explore Flash Tru Games v1

Reply

Baloot MX August 8, 2009 at 7:18 pm

@hafisdn, aku rasa tak buat kursus kot sebab takde kesempatan sangat.. tapi personal coaching boleh dipertimbangkan.. :)

Reply

hafiDz HaMiD July 29, 2009 at 2:59 pm

cam mana nak letak banner kat bhgan atas website???
cam kot letak “Baloot+is+me” 2???

Reply

Baloot MX August 8, 2009 at 7:20 pm

@hafiDz HaMiD, aku punye tu lain cket daripada blog wordpress yang lain sebab aku guna thesis themes.. aku letak dalam coding php.. susah nak diterangkan kat sini.. hee.. ni bukan guna Joomla, ni wordpress la apis..

Reply

aerandir August 10, 2009 at 7:24 pm

Thanks bro…good info. Saya try install joomla dan berjaya install. Masalah macam mana nak tukar template lain? Saya cadang nak try e-commerce. Saje2 je try nak explore dulu. Kalau menarik boleh la upah bro setup satu web guna joomla ni.

Reply

Baloot MX August 11, 2009 at 12:20 am

@aerandir, Untuk tukar template lain, sila baca tutorial part 4 disini:

http://blog.balootisme.com/joomla/tutorial-joomla-15-cara-cara-untuk-edit-laman-web-joomla-teknik-advanced/

Untuk jadikan Joomla sebagai laman web ecommerce, boleh guna Components yang bernama Virtuemart. Kalau nak buat laman web khas untuk ecommerce sahaja, aku gunakan Interspire. Harga promosi sekarang RM899 sahaja. Info tentang laman web eCommerce ini disini:

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/17494-promosi-bina-laman-web-ecommerce-terhad-6-orang-sahaja.html

Reply

syafiq August 14, 2009 at 7:02 pm

salam…baloot, mcm mane nk connect kan database y kite da wt dgn joomla ni?

Reply

Baloot MX September 11, 2009 at 7:26 am

@syafiq, apa maksud dah buat tu? kat mana buat database? nak migrate/transfer jadi joomla 1.0 kepada joomla 1.5 ke?

Reply

maaz September 10, 2009 at 12:24 pm

tq sy ikut step by step
semua jadi….
tp kat contat kita nak buat bhagian.Bahagian ada banyak
cth Hubungi saya->Bahagian perkhidmatan->En.Ahmad
Bgus toturial ni..
tq

Reply

Baloot MX September 11, 2009 at 7:28 am

@maaz, boleh buat banyak bahagian contact tu. kalau guna RSFORM pun boleh. cek kat sini:

http://extensions.joomla.org

dan cari component nama ni: RSFORM PRO. commercial plugin tapi berbaloi dengan kuarkan sedikit modal. :)

Reply

cicok818 October 15, 2009 at 4:37 am

salam..wah,trase kecik plak diri ney,biler masok ker blog ney..hehe..
bnyk tnjuk ajar diberi..
hrap,dpat cilok ilmu kt cney,utk mase depan..

Reply

ajai October 29, 2009 at 10:35 am

salam,
maaf saya bertanya…
saya nak offkan berita dari frontpage bagaimana yer? dan satu lagi berita td tu sy nak msk kan smua tajuk utama dia cam kat frontpage tu dalam satu page yang baru dan di front page yg just nak guna kan icon sahaja, boleh bantu saya tak? atau emailkan saja cara nya pada saya… saya dah buntu.. bolehkan tuan tanah bantu saya dalam masalah saya nie?

Reply

Baloot MX October 29, 2009 at 4:55 pm

Salam Ajai, untuk offkan artikel kat frontpage, boleh klik pada FRONT PAGE MANAGER..

Untuk problem yang lagi satu, nak guna icon, buat satu page dan letak kat mainpage.. kemudian dalam page tu masukkan icon2 yg saudara nak link ke artikel masing2..

Kalau tak menjadi jugak, boleh add aku di YM: husqvarna_mx@yahoo.com. Nanti boleh sembang kat dalam tu.. :)

Reply

Hidayah October 29, 2009 at 12:52 pm

mekasih atas information..mmg bergune sgt

Reply

merin November 17, 2009 at 4:21 pm

terima atas nota yg mudah difahami.saya dah buat web unt sek.mcmana nak masukkan module yg ada jam bergerak2….buat buku pelawat yg mana pelawat bleh key in apa yg dia nak kata…tolong ye…tq banyak2

Reply

Baloot MX November 17, 2009 at 9:52 pm

Hi Merin

Untuk module yang ada jam bergerak dan buku pelawat (guest book), boleh cari di laman web rasmi Extension Joomla:

http://extensions.joomla.org/

Keyword, CLOCK ANIMATION dan GUEST BOOK. :)

Reply

Johan December 2, 2009 at 12:13 pm

Assalamualaikum, saya nak ucapkan terima kasih kerana dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang web joomla dan sbgnya, semoga tuan yang berkongsi ilmu ni dimurahkan rezeki…amin……

Reply

Baloot MX December 3, 2009 at 2:47 pm

Salam Johan, terima kasih kerana sudi melawat Baloot’s Blog dan menimba ilmu serta berkongsi masalah jika saudara memerlukan. :)

Reply

Johan December 3, 2009 at 12:52 pm

Salam, Baloot, saya nak tanya kenapa bila saya klik kt icon web dia kuar mcm di bwh?harap bantu tq.

Not Found

The requested URL /pertanyaanfaq was not found on this server.

Additionally, a 404 Not Found error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Reply

Baloot MX December 3, 2009 at 2:49 pm

Salam kembali Johan

Biasanya kalau ERROR macam tu takde kandungan apa-apa pada directory tersebut. Saudara Johan install apa kat directory tu? Joomla ke?

Reply

Johan December 3, 2009 at 4:34 pm

Saya pakai Joomla, error terpapar tu saya nak masuk article untuk icon lain selain contoh diberi sperti ‘About Us’…..Saya nak letak icon seperti ‘Senarai Produk” untuk user klik ni contoh web saya http://excelifenetworks.com. Sama gak dengan icon2 lain…harap En. Baloot dapat membenatu saya.tq

Reply

Baloot MX December 3, 2009 at 5:38 pm

Johan

Adakah saudara setting .htaccess dengan betul? Set-kan permission access untuk file .htaccess kepada 666. Saya rasa error ini berkaitan dengan SEF url. Jika saudara masih mengalami masalah ni, boleh berbincang dengan saya menggunakan YM di:

husqvarna_mx

:)

Reply

Johan December 4, 2009 at 10:55 am

Salam Baloot Mx, error di bawah ni keluar apabila saya setting kat Joomla di Global Configuration-SEO setting (Yes). Bila saya tanda No dia akan web saya kembali normal balik, kira side menu boleh klik by user…..

404 – Component not found

You may not be able to visit this page because of:

1. an out-of-date bookmark/favourite
2. a search engine that has an out-of-date listing for this site
3. a mistyped address
4. you have no access to this page
5. The requested resource was not found.
6. An error has occurred while processing your request.

Please try one of the following pages:

* Home Page

If difficulties persist, please contact the System Administrator of this site.

Component not found

Reply

Baloot MX December 5, 2009 at 5:50 pm

Johan

Tentang masalah tu, cuba cek file permission di dalam FTP. Cari file bernama “.htaccess” dan tukar-kan permissionnya kepada “666″.

Reply

Lydia March 9, 2010 at 12:57 pm

hi, boleh sy tahu..erm, mcm mana nak enablekan user name klo mereka nak register tanpa admin pergi user manager and klik kan enable, then baru user boleh register. klo boleh tlg tunjukkan cara supaya user boleh register secara automatik..:)

Reply

Lydia March 9, 2010 at 1:16 pm

satu lagi sy nak wat shopping cart dalam website sy ne, tapi shoping cart yg sy guna tak boleh berfungsi?..boleh tak tlg recommend kan sy mana satu shopping cart yg sesuai bagi joomla?..erm sy da pakai shopping cart RockQuickCart Joomla tapi x sesuai.

Reply

Baloot MX March 27, 2010 at 6:47 pm

@Lydia: Biasanya saya menggunakan Shopping Cart VIRTUEMART untuk web platform Joomla. :)

p/s: Maaf lambat reply. Terlepas pandang komen ini.

Reply

aisyahawang March 27, 2010 at 4:10 pm

salam..nk tanya.kalu nk wat database kat phpmyadmin kn?pastu mcmna nk conect ke jomlaa?boleh ke kita buat form register dlm jomlaa , then akn dpt conect terus dgn database setiap register di buat..harap dpt mbntu.thanks

Reply

Baloot MX March 27, 2010 at 6:49 pm

@aisyahawang: Tak perlu buat manual database di phpmyadmin untuk di-link-kan ke Joomla. Boleh menggunakan modules/extension RSForm untuk buat Form/Isian borang pada laman web Joomla. :)

Reply

ujie March 30, 2010 at 8:48 pm

sy dah donload Shopping Cart VIRTUEMART .tp sy nak upload kat joomla kenapaer die da erorr..plis

Reply

Baloot MX April 25, 2010 at 3:05 pm

@ujie: Error apa yang keluar tu? Masalah ni dah diselesaikan atau belum? Maaf lambat reply komen ini, aku terlepas pandang..

Reply

Hjz April 25, 2010 at 2:32 pm

askm.

boleh x joomla nie ditranslate ke b. malaysia..coz bahasa dlm web bercampur2..hrp dpt mbantu.camne nak tukar header asal kpd header sdiri & tukar icon kecik kt atas web ( favicon )

tkasih

Reply

Baloot MX April 25, 2010 at 3:07 pm

@Hjz: Joomla boleh ditranslate dari English ke Malay. Takperlu guna plugin/components. Guna Google Translate saja. Tapi tatabahasa yang digunakan tak sama dengan tranlate sebenar.

Jika projek laman web tu besar, aku cadangkan buat dua versi untuk laman web tersebut. Satu English dan satu B.Melayu. :)

Nak tukar header theme apa tu? Lain theme lain tekniknya. Boleh bincang dengan aku di YM: husqvarna_mx.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: