Tutorial Joomla 1.5: Cara-cara Untuk Buat Artikel, Contact Us, Link ke Artikel dan Poll

by Baloot MX

in Joomla,Tutorial

tutorial-joomla-1

Ini merupakan sambungan Tutorial Joomla daripada Part 1 dan Part 2 yang lepas. Jika anda belum baca tutorial tersebut, boleh la baca sekarang. Kalau tak faham, sila tinggalkan komen di ruangan komen. InsyaAllah aku akan membantu dalam masa terdekat. Yang penting, anda mahu mencuba. Jangan takut untuk mencuba. Hee..

Apa yang akan aku kongsikan bersama untuk tutorial kali ini:

  • Cara-cara untuk buat artikel
  • Cara-cara untuk buat Contact page
  • Cara-cara untuk link-kan artikel anda ke menu
  • Cara-cara untuk menggunakan Poll (undian)

Selepas anda Install Joomla 1.5 samada menggunakan Fantastico ataupun secara manual, anda boleh mula untuk memasukkan ISI-ISI (content) dalam laman web Joomla. Ingat link untuk akses ke laman web anda? Untuk akses ke laman admin, anda boleh ke:

http://domain-anda.com/administrator

Gantikan domain-anda dengan NAMA DOMAIN ANDA. 

tutorial-asas-joomla-1

Cara-cara Untuk Buat Artikel

Jika anda install laman web Joomla anda menggunakan Fantastico atau secara manual dan install Sample Data, secara automatik-nya beberapa artikel telah pun tersedia dan di-PUBLISH. Anda boleh tengok artikel tersebut di Content -> Article Manager pada bahagian admin laman web Joomla anda.

tutorial-asas-joomla-2

Anda boleh klik pada artikel tersebut dan anda sekarang berada pada EDIT MODE untuk artikel yang anda klik tadi. Di dalam EDIT MODE ini, anda boleh tukar TITLE artikel, isi kandungan artikel tersebut dan sebagai-nya. Sebelum buat artikel baru, anda boleh UNPUBLISHED artikel-artikel daripada sample data tersebut. Untuk lakukan ini, pergi ke Content -> Article Manager tadi. Kemudian TICK pada kesemua artikel yang anda nak UNPUBLISHED tadi.

Nota: Anda boleh UNPUBLISHED atau TRASH-kan artikel-artikel tadi. Tapi aku cadangkan UNPUBLISHED sebab mungkin artikel tersebut anda boleh membuat rujukan untuk masa hadapan.

tutorial-asas-joomla-3

Sekarang, kita belajar untuk buat artikel (atau page) yang pertama. Kita namakan artikel tersebut sebagai “About Us”.

Langkah 1

Klik pada NEW di bahagian atas pada Content -> Article Manager

tutorial-asas-joomla-4

Langkah 2

Masukkan beberapa data yang berkenaan dengan artikel anda tersebut

Title: About Us
Alias: Tinggalkan kosong sahaja kerana ianya akan di-create secara automatik oleh sistem Joomla.
Section: Uncategorized
Category: Uncategorized
Published: Yes (Jika ianya tidak di-Published, artikel ini tidak dapat dilihat oleh pelawat ke laman web Joomla anda, dan akan jadi sebagai DRAFT sahaja)
Frontpage: Yes (Ini untuk paparkan artikel ini pada LAMAN UTAMA (main page) laman web Joomla anda

Pada ruangan text field, masukkan artikel yang berkaitan dengan anda (contohnya, artikel berkenaan siapa anda, syarikat anda dan sebagainya).

Langkah 3

Anda boleh memasukkan gambar anda atau logo syarikat anda. Untuk memasukkan gambar, klik pada ikon IMAGE pada bahagian bawah text field.

tutorial-asas-joomla-5

Langkah 4

Gambar anda masih belum di-upload bukan? Untuk upload gambar,  tekan UPLOAD FILE untuk upload (atau muat-naik) gambar anda. Pilih gambar yang anda mahu daripada PC/Laptop anda. Dan tekan START UPLOAD.

tutorial-asas-joomla-6

Langkah 5

Setelah gambar yang di-upload selesai, anda akan nampak gambar yang di-upload tadi pada pilihan gambar-gambar yang banyak termasuklah ‘default images’ daripada sample data Joomla. Klik pada gambar yang anda upload tadi dan tekan INSERT untuk memasukkan gambar anda ke dalam artikel yang anda sedang buat. Posisi gambar anda boleh digerakkan dengan men-DRAG sahaja. Atau tekan pada gambar POHON (warna hijau) untuk edit spesifikasi gambar tersebut.

Langkah 6

Langkah terakhir yang anda perlu lakukan untuk save artikel ini, klik pada butang SAVE.

tutorial-asas-joomla-7

Cara Untuk Buat Contact Page

Contact page ini merupakan perkara yang WAJIB bagi setiap laman web. Tak kira samada laman web anda jenis apa sekalipun. Ini untuk memudahkan pelawat laman web Joomla anda untuk menghubungi anda, melalui email ataupun telefon/handphone. Sekarang aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk buat Contact page supaya pelawat laman web anda boleh menghubungi anda melalui email.

Langkah 1

Anda perlu buat satu kategori untuk Contacts. Klik pada Components -> Contacts -> Categories

tutorial-asas-joomla-contact-page-1

Langkah 2

Klik pada NEW. Anda perlu buat satu kategori untuk letakkan kategori Contact page ini. Kita namakan-nya “General” dan klik pada SAVE.

tutorial-asas-joomla-contact-page-2

Langkah 3

Klik pada Components -> Contacts -> Contacts

tutorial-asas-joomla-contact-page-3

Langkah 4

Klik pada NEW dan masukkan info-info tentang Contact page anda. Anda perlu pastikan email yang anda masukkan adalah betul. Sila cek lagi sekali untuk memastikan ianya adalah betul. Setiap pelawat yang menggunakan Contact page ini akan anda terima email-nya ke email yang anda masukkan disini. Jika anda memasukkan email yang salah, pelawat tidak dapat menghubungi anda dan ini satu kesilapan yang besar.

Langkah 5

Anda juga perlu tick pada HIDE dekat “Name” di bawah CONTACT PARAMETERS. Ini untuk mengelakkan duplicate nama pelawat anda sekiranya kebetulan mempunyai nama yang sama.

Langkah 6

Klik SAVE setelah anda selesai isi semua detail pada INFORMATION. Biarkan sahaja yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS secara default, anda tak perlu usik yang lain-lain. Kalau nak custom, boleh-lah modify yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS tersebut.

tutorial-asas-joomla-contact-page-4

Siaplah Contact page anda dan anda telah pun PUBLISH. Anda boleh testing Contact page tersebut samada berfungsi dengan betul ataupun tidak.

Cara-cara Untuk Link-kan Artikel ke Menu

Di dalam bahagian Tutorial Asas Joomla ini, aku akan berkongsi cara-cara untuk link-kan artikel yang anda buat tadi ke menu-menu utama ataupun menu di sidebar. Setelah mempelajari tutorial ini, anda akan dapat luaskan lagi penggunaan artikel ini ke seluruh bahagian laman web Joomla anda. Jangan takut untuk mencuba, kalau tak faham boleh tanya aku. Hee..

Untuk buatkan sesuatu page itu boleh di lawat oleh pelawat laman web anda, page itu hendaklah di link-kan dengan menu terlebih dahulu. Untuk lakukan ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1

Klik pada Menus -> Main Menu*

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-1

Langkah 2

Delete kesemua link-link yang berada di bahagian Main Menu yang asal (untuk yang install Sample Data sahaja). Cara untuk delete kesemua link ini sama dengan Langkah yang anda lakukan di artikel. Pilih kesemua link dan tekan TRASH. Satu pop-up menu akan keluar iaitu, “You cannot trash the default menu item“. Abaikan sahaja pop-up ini.

Langkah 3

Sekarang anda perlu letakkan link kepada artikel anda dan Contact page yang anda baru sahaja buat tadi. Untuk lakukan ini, tekan NEW (terletak di kiri atas menu) dan pilih Internal Link -> Article -> Article Layout.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-2

Langkah 4

Masukkan info-info yang berkenaan dengan link tersebut. Kita namakan link ini sebagai “About Us”. Untuk pilih artikel yang mana hendak dimasukkan, tekan SELECT di bawah bahagian PARAMETERS – BASIC.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-3

Langkah 5

Satu paparan skrin gelap akan keluar untuk anda buat pilihan artikel mana-kah untuk dimuatkan untuk link tersebut. Untuk kes kali ini, pilih “About Us” yang anda telah buat tadi.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-4

Langkah 6

Klik pada SAVE di bahagian kanan-atas untuk save-kan link anda. Sekarang, anda boleh view main page laman web Joomla anda untuk memastikan segala-nya tepat seperti yang anda jangkakan. Jika anda mempunyai masalah di-sini, sila kemukakan di ruangan komen.

Cara-cara untuk Set-kan Page Sebagai Default Menu

Anda sekarang masih lagi berada di MENU ITEM MANAGER, set-kan page “About Us” anda sebagai default.

Langkah 1

Untuk lakukan ini, TICK pada link “About Us” dan tekan DEFAULT pada bahagian atas menu.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-5

Langkah 2 (Optional)

Anda juga boleh buang-kan sahaja menu “HOME” jika anda tidak mahu menggunakan-nya sebab kita sudah tidak perlukan lagi kerana page “About Us” menjadi default page sekarang.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-6

Cara-cara untuk masukkan “Contact Us” page ke menu

Langkah 1

Untuk lakukan ini, anda perlu buat satu link terlebih dahulu ke page “Contact Us” ini. Klik pada ikon NEW pada bahagian atas menu dalam admin dan pilih Internal Link -> Contacts -> Category -> Standard Contact Layout

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-7

Langkah 2

Masukkan info tentang menu anda tersebut iaitu “Contact Us” dan klik pada SAVE untuk save menu ini.

tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-8

Cara-cara Untuk Menggunakan Poll (Undian)

Undian penting jika anda ingin mendapatkan pandangan pelawat ke laman web Joomla anda. Contohnya undian untuk mengetahui PERINGKAT UMUR, PANDANGAN TENTANG PRODUK dan lain-lain. Apa-apa saja yang anda inginkan undian, semuanya boleh dilakukan di Poll. Untuk setup poll, ikuti langkah-langkah dibawah ini.

Langkah 1

Di dalam menu utama Administrator Joomla anda, klik pada Components -> Polls

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-1

Langkah 2

Klik NEW pada bahagian kanan-atas pada menu. Anda namakan Poll anda tersebut sebagai “What Do You Think About Our Site?

Langkah 3

Di dalam menu sebelah kiri, namakan option-option Poll anda sebagai: “Great”, “Not Bad”, “Awful”.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-2

Langkah 4

Untuk save Poll ini, klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu.

Langkah 5

Sekarang Poll anda telah pun di-publish dan anda perlu paparkan kepada pelawat laman web Joomla anda. Pergi ke menu utama Administrator Joomla anda dan klik pada Extensions -> Module Manager.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-3

Langkah 6

Klik pada NEW di bahagian kanan-atas menu, cari POLL daripada listing tersebut dan tick-kan.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-4

Langkah 7

Klik NEXT pada bahagian kanan-atas menu

Langkah 8

Masukkan tajuk Poll anda tersebut. Dalam kes ini, kita namakan-nya sebagai “What do you think about our site?“.

Langkah 9

Set-kan SHOW TITLE kepada NO.

Langkah 10

Pada kotak di bahagian kanan iaitu Module Parameters -> Poll, cari nama Poll anda tadi iaitu “What do you think about our site?“.

tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-5

Langkah 11

Klik pada SAVE untuk save Poll anda (bahagian kanan-atas menu). Sekarang, Poll anda telah pun dipaparkan di laman web Joomla. Lihat MAIN PAGE laman web Joomla anda sekarang. Poll anda masih lagi belum dipaparkan? Sila tinggalkan komen di bawah post ini, dalam masa terdekat aku akan tolong settle-kan masalah anda. Jangan segan untuk bertanya.

Adakah anda telah pun praktikkan kesemua tutorial diatas? Kongsikan bersama dengan aku apa yang telah anda lakukan di ruangan komen dibawah. Jika anda mempunyai masalah berkaitan Joomla atau tutorial diatas, luahkan di bahagian komen dibawah ini.

Semua gambar yang digunakan adalah hak milik SiteGround.com.

{ 54 comments… read them below or add one }

fid Da July 28, 2010 at 9:07 am

ape function joomla explorer…? xfaham…

Reply

mohdz August 1, 2010 at 11:42 pm

Sdr Baloot,

Sy nk setup satu contact form yg da ade dlm joomla.sy ikut cam tutorial sdr.masalahnya da publish tpi x ade pun kt frontpage.

ade step yg sy tertinggal ke ??

Reply

mohdz August 6, 2010 at 1:10 am

slm.

1.Camne nk create link tuk download supaya org bleh download fail dlm site kite ?

2. Kat folder mane nk upload fail2 tu ?

3. Camne nk create link antara fail/content dlm site yg same ?

4. Camne nk tambah layout2 dlm joomla ?

tkasih.

Reply

fid Da August 18, 2010 at 9:40 am

macamane nk buat attachment kt webside..tok mat turun takwim cuti ker…

Reply

su September 24, 2010 at 1:00 pm

tolong saya.. saya x faham sgt2…
dalam laman web company nak kena tambah di dalam (aktiviti).. macam mana nak masukkan gambar jadi slide show… tolong nak tau sgt2…

Reply

Yose October 5, 2010 at 6:57 pm

Bagaimana untuk link antar artikel ?
Misalnya kita buat artikel 1 dan artikel 2
kemudian didalam artikel 1 ada link ke artikel 2

Reply

Baloot MX October 7, 2010 at 8:47 pm

Hi Yose

Guna plugin/component ni:

http://extensions.joomla.org/extensions/edition/editors/88

Lepas tu link-kan antara artikel 1 ke artikel 2 guna component ni. Cari button link lepas tu akan kuar senarai artikel2 yang telah pun dibuat.

Reply

cikngah February 26, 2012 at 12:39 pm

sy nk add article dlm joomla 2.5.then ble sy view sit utk lihat pe yang kita add on td dia kua homepage joola yang suh login.so mcm ne nk setlkan ni.hrp blh membantu.tq

Reply

Baloot MX March 3, 2012 at 5:12 am

Cikngah: Mungkin homepage tu dalam keadaan under maintenance. klik kat global setting. un-tick under maintenance.

Reply

atikah May 4, 2012 at 11:13 pm

salam,, nk tny cmne nk wat sistem menggunakan joomla??blh trgkan x???? tq :)

Reply

tpb July 18, 2012 at 2:48 pm

kenapa masa yang tertera di keputusan ujian tidak mengikut waktu semasa. Bagaimana ingin setkan semula. TQ.

Reply

dili tambayonk December 21, 2012 at 6:02 pm

thanks info nya..

lihat juga MY BLOG

Reply

jufri_nanana January 22, 2013 at 8:42 am

saya binung di dalam menu item kalau di klik di dalam top menu yang kedua gimana caranya?

Reply

Deasfree Eula Downloads May 2, 2013 at 10:50 am

Waah,, mantap kali maak tutorialnya,, bermanfaat bagi banyak pembaca.. Kunjungi balik ke blog saya ya.. Thanks..

Reply

candra June 26, 2013 at 9:12 pm

masih agak bingung gan
ane juga masih belajar blog nih
kasih masukan ya gan bwat blog ane
ardiyaajicandra.blogspot.com

Reply

umi December 31, 2013 at 9:57 am

saya x berapa fhm lg nk update kn gmbr dn nk edit laman saya. plz tolog sya

Reply

SYAM February 4, 2014 at 4:10 am

DAK JUGA POLL NYA MOHON PENJELASAN

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: