Hampir 2 tahun aku menggunakan Joomla dan develop websites platform Joomla, extensions yang akan aku senaraikan kat bawah ni memang penting dan aku rasa amat perlu digunakan walaupun tidak semua. Rasanya dah nak dekat 50 websites yang aku develop guna Joomla (local dan oversea, termasuklah full websites, half websites, dan install Joomla sahaja). :)
Kesemua Joomla Extensions yang aku senaraikan kat bawah ini adalah PERCUMA dan boleh digunakan untuk Project Commercial (boleh jual websites yang guna Extensions ni). Untuk senarai penuh Joomla Extensions, sila ke:
Aku akan senaraikan nama Extensions, sedikit ringkasan berkenaan Extensions tersebut, kelebihan (PROS) dan kekurangan (CONS) Extensions tersebut dan URL laman web Developer Extensions.
1) SmoothGallery + LightBox
Extension yang akan aku install pertama sekali selepas saja Install Joomla. Tanpa extension ni, susunan gambar dalam galeri dan page tak jadi CANTIK. Selepas saja install extension ni, lebih nampak professional web tu lepas orang klik gambar untuk view lebih besar. Walaupun banyak lagi extension yang mempunyai fungsi Lightbox ini, tapi extension ini menjadi pilihan sebab PERCUMA dan senang untuk digunakan.
PROS: Senang untuk digunakan dalam setiap page Joomla, mempunyai banyak pilihan untuk fungsi gallery dan MOOTOOLS. Menggunakan fungsi AJAX sepenuhnya untuk loading setiap gambar serta mempunyai support yang bagus.
CONS: Kemungkinan akan mempunyai masalah dengan AJAX sekiranya anda menggunakan extension lain yang mempunyai fungsi AJAX yang sama. Jika masih terlalu baru dalam penggunaan Joomla, mungkin mengalami sedikit masalah dalam meletakkan galeri gambar.
Download SmoothGallery + Lightbox
2) sh404SEF
Extension Joomla ini menolong laman web Joomla anda dari segi SEO. Plugin ini paling popular dalam SEO-nya dan digunakan dengan amat meluas dalam setiap laman web Joomla. Antara extension yang WAJIB digunakan. :)
PROS: Senang untuk dikendalikan dan mempunyai support yang bagus. Juga mempunyai fungsi yang banyak dalam setup SEO laman web Joomla serta customized 404 page.
CONS: Disebabkan terlalu banyak fungsi SEO dan anda boleh custom 404 page, pengguna baru Joomla mungkin sedikit keliru. Tapi ini hanya masalah kecil kerana amat mudah untuk difahami.
3) JoomlaXplorer
Extension ini membolehkan anda untuk edit, rename, delete, unzip files di dalam FTP anda melalui laman web Joomla anda. Tidak perlu login masuk FTP setiap kali untuk lakukan proses upload atau download files. Extension ini juga merupakan Components yang WAJIB ADA di dalam laman web Joomla anda.
PROS: Fungsi yang pelbagai, senang digunakan dan mempunyai kualiti yang tinggi malah percuma dan boleh digunakan bersama-sama dengan sistem Joomla.
CONS: Jika salah setting, boleh menyebabkan laman web Joomla anda rosak. Jadi berhati-hati semasa edit files. Bertanya jika perlu sebelum lakukan aktiviti yang anda tidak pasti. :)
4) MiniFrontPage
Ingin jadikan laman web Joomla anda seperti blog WordPress? Extension ini boleh senaraikan artikel yang paling baru anda buat (mengikut kategori yang anda tentukan) di dalam Modules yang di-set oleh anda. Lebih berfungsi kepada artikel headlines.
PROS: Senang untuk di-fungsi-kan bersama dengan artikel dan diletakkan pada Module Position. Mempunyai pilihan layout yang banyak serta fungsi-fungsi lain yang menarik dan boleh dimodifikasi mengikut style web Joomla anda.
CONS: Perlu sedikit pengetahuan dalam teknikal Joomla untuk setup pada kali pertama.
5) JomBackup
Extensions ini juga penting jika laman web Joomla anda mengalami apa-apa perubahan yang merosakkan web anda. Extension ini membuat file backup dan akan emailkan kesemua file database kepada email anda. Setiap laman web Joomla atau WordPress WAJIB mempunyai plugin untuk backup database.
PROS: Senang dikendalikan untuk buat backup database.
CONS: Tiada, kecuali laman web Joomla anda mempunyai banyak plugin dan database yang sangat besar. Dan anda perlu membuat backup secara manual untuk setiap satunya.
6) Extended Menu
Extended Menu lebih kepada extension untuk designing css menu (atau navigation bar) laman web Joomla anda. Namum, extension ini sedikit rumit jika anda seorang yang masih baru dalam dunia Joomla kerana memerlukan pengetahuan dalam sistem Joomla seperti kategori ID, section ID, dan pengetahuan dalam CSS.
PROS: Kebolehan untuk design main menu menggunakan CSS secara lebih detail, customization untuk setiap main menu dalam web Joomla.
CONS: Memerlukan pengetahuan dalam sistem web Joomla. Rumit jika menu anda terlalu banyak.
7) JoomlaStats
Sesuai dengan namanya, sudah tentu untuk mengukur statistik di laman web Joomla anda. Statistik pelawat, bot, spider, mengikut negara, search engines dan juga keywords yang digunakan. Jika anda biasa menggunakan plugin Wassup di WordPress, maka plugin JoomlaStats hampir sama kegunaannya. Satu komponen yang WAJIB digunakan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelawat ke web Joomla.
PROS: Berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah, senang untuk di-install dan digunakan.
CONS: Tambahan sedikit files kepada database MySQL anda dan loading page sedikit bertambah berat (amat sedikit, mungkin dalam 1-2 saat sahaja).
8) Community Builder
Jika laman web Joomla anda mempunyai satu komuniti yang besar dan mempunyai ahli yang ramai, anda boleh buatkan satu komuniti menggunakan sistem Joomla. Hanya masukkan extension Community Builder ini, dan web Joomla anda sama macam Social Networking yang lain seperti Facebook, Friendster, Myspace, Tagged dan sebagainya. Anda yang mempunyai jumlah modal yang besar, boleh gunakan scripts berbayar seperti Kootali Facebook Clone untuk buat Social Networking sites atau gunakan yang percuma, Joomla + Community Builder. Dilengkapi dengan sistem networking yang serba guna.
PROS: Anda boleh mengawal kesemua fungsi dalam bahagian admin untuk kesemua ahli yang berdaftar hanya menggunakan Admin Joomla. Mendapat support dan compatible dengan extensions Joomla yang lain serta pelbagai fungsi yang hampir sama dengan Facebook.
CONS: Memerlukan pengetahuan dalam coding HTML dan sebagainya, tidak sesuai jika anda masih baru dalam Joomla kerana perlu setting terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak sesuai untuk Joomla 1.0.x, upgrade ke Joomla 1.5.x untuk menggunakan extension ini. :)
9) Kunena Forum
Anda mahukan sebuah forum khas di laman web Joomla anda? Joomla juga mempunyai extension khas untuk Forum + Websites. Berasal daripada forum Fireboard. Mempunyai fungsi forum yang lengkap untuk anda dan mudah dikendalikan. Hanya memerlukan sedikit masa untuk memahami sistem forum ini berfungsi.
PROS: Senang untuk setup, mudah untuk setting dan dikendalikan dengan cepat. Theme/template yang kemas dan professional.
CONS: Tidak mempunyai theme design yang menarik secara percuma. Perlu keluarkan modal untuk upah designer.
10) VirtueMart
Plugin yang memberi aku duit yang lumayan tiap-tiap bulan pada tahun-tahun yang lepas dengan develop laman web eCommerce menggunakan Joomla + Virtuemart. Hee.. Anda boleh mulakan perniagaan online anda sekarang dengan menggunakan Joomla dan ditambah dengan extension Virtuemart ini. Extension ini dilengkapi dengan sistem pembayaran, catalog, shipping dan lain-lain lagi yang diperlukan oleh perniagaan online. RocketTheme dan TemplatePlazza ada mengeluarkan sistem Joomla + Virtuemart dan siap digunakan (premium template).
PROS: Fungsi yang pelbagai serta serba lengkap, boleh di-ubah suai design dengan CSS mengikut kehendak anda. Boleh memasukkan produk, produk variasi, catalog mode, unlimited categories.
CONS: Agak rumit untuk setup jika anda masih baru dalam perniagaan online. Seperti setup credit card, SSL certificates, shipping modules. Memerlukan pengetahuan dalam memasukkan parameters untuk setup.
Baca koleksi tutorial Joomla yang lepas disini: Tutorial Joomla
Dapatkan design terkini laman web Joomla pada ruangan Design. Tempah laman web Joomla anda sekarang serendah RM500. Hubungi Baloot sekarang.









{ 8 comments… read them below or add one }
Saya tak berapa faham dengan Joomla . Tetapi ada sahabat yang tunjukkan sesuatu tentang joomla ni yang menarik perhatian saya. Beliau membina site untuk subjek yang dia ajar disekolah . Dibuat secara intreaktif. Pelajar nya boleh membaca kandungan pelajarannya dan menjawab terus soalan ujian secara online. Beliau guna ‘Tanida”……….. saya tak tau apa itu Tanida.
Saya teringin juga nak buat macam dia. Lupa plak URL nya…….. :)
joomlaa.. hoho, takmolaa…. jarang dengar pasal blog provider nie.. huhu..
terima kasih utk ext yang cun MELECUN ni!! ahhh mengalahkan ETH!
dah download, nak letak mane folder extension tu? huhu
Salam saudara Baloot
Saya cuba download sh404SEF but nampaknya ext ni dah tak percuma lagi… macam mana nak dapat kan ext ni..saya rasa ext ni penting untuk pengguna joomla..tq
Salam saudara Baloot…
Ext joomSEF memang best…senang nak guna dan very straight forward..sebelum ni ada guna sef yang lain..tapi problem selalu dapat error 404 …yang ni terus jadi.. terima kasih banyak kepada saudara Baloot… terima kasih juga artikel yang menarik dalam laman blog ni.. :)
thanks for the info..saya baru nak berjinak2 ngan joomla ni..ada member suh tolong buat website cam ala2 community/membership site ni..rasanya joomla ni seswai kan?
saya biasa ngan wordpress..ingat nak wat pakai wordpress jek..tp ntah laa..hehe..buat template joomla ni senang tak?
beba´s last blog ..Bumbo Seat with Tray RM13990 jek
saya memang nak cuba belajar pakai joomla..sebab saya rasa kalau multiuser ni better pakai joomla kot dari wp..wp ni kalau just business personal blog/site ke or just pakai untuk content management ok la..kalau multi user ni tak berapa kot..
saya baru jek install joomla kat localhost…awak ade pakai component cam K2 and community builder tak? semalam first day tengok cam overload otak..hahaha..mmg mcm2 nak kena belajar..
beba´s last blog ..Baby High Chair baru untuk En Alif -D