joomla-wordpress-malaysia-web-developer-web-designer

Hi, call me Baloot. I'm from Kota Bharu, Kelantan. I design websites using Joomla and Wordpress. I also do an e-Commerce web development...

Pertandingan Review: PakejDVD Raja Grafik Malaya Vol 1

by Baloot MX

in Business

pakejdvd-rgm-1

Pertandingan pertama kali diadakan oleh aku untuk produk pertama aku, iaitu Pertandingan Review PakejDVD Raja Grafik Malaya Vol 1. Pertandingan ini diadakan untuk tengok sambutan daripada blogger-blogger yang datang ke blog aku. Anda boleh memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200. Setiap review juga akan mendapat hadiah BONUS sebagai hasil usaha anda untuk menulis review ini. Apa bonus itu? Ebook 1000 Tutorial Adobe Photoshop.

URL Laman Web Review: http://pakejdvd.com/grafik

Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Anda hanya perlu menulis review untuk produk Raja Grafik Malaya di dalam blog anda, sekurang-kurangnya 400 patah perkataan. Sila pastikan anda memenuhi segala Syarat & Peraturan di bawah untuk melayakkan anda memenangi Grand Prize.
  2. Tulis serba sedikit tentang pertandingan review ini di dalam review anda tadi dan link kan ke blog post ini.
  3. Selepas anda menyiapkan review tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan komen di bawah post ini beserta URL review anda. Aku akan emelkan kepada anda Ebook 1000 Tutorial Adobe Photoshop tersebut.

Syarat & Peraturan

  • Wajib melanggan RSS Feed blog ini terlebih dahulu melalui email.
  • Setiap review mesti mengandungi link ke blog post ini.
  • Review mestilah dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sahaja.
  • Jumlah perkataan review minimum 400.
  • Positif review sahaja Review BEBAS samada positif atau negatif
  • Terbuka kepada penduduk di Malaysia sahaja (termasuk Sabah & Sarawak)
  • Setiap review mesti mengandungi 3 link ke PakejDVD.com iaitu:
    • http://pakejdvd.com/grafik (text: Tutorial Adobe Photoshop & Sumber Grafik Adobe Illustrator)
    • http://pakejdvd.com/grafik/order.html (text: Order Raja Grafik Malaya)
    • http://pakejdvd.com/grafik/preview.html (text: Download Grafik Adobe Photoshop)
  • Anda WAJIB memuat turun PREVIEW PERCUMA terlebih dahulu.
  • Setiap review mengandungi gambar Raja Grafik Malaya, muat turun gambar tersebut di sini.
  • Sila senaraikan URL review anda di dalam ruangan komen di bawah.

Hadiah Pemenang

6 orang pemenang akan dipilih berdasarkan review yang terbaik dan memenuhi segala Syarat & Peraturan seperti yang dinyatakan diatas.

Grand Prize (1 pemenang)
  • Wang tunai berjumlah RM200
  • 1 DVD Raja Grafik Malaya Vol 1
  • Iklan Percuma (125×125) selama 3 bulan di Baloot’s Blog

Bonus Prize (5 pemenang)
  • DVD Raja Grafik Malaya Vol 1
  • Iklan Percuma (125×125) selama 3 bulan di Baloot’s Blog
Saguhati Untuk Setiap Review (Unlimited)
  • Setiap review yang tulis akan mendapat 1 Ebook, 1000 Tutorial Adobe Photoshop

Cara Pemilihan Pemenang

Setiap pemenang dipilih berdasarkan review yang dibuat. Kriteria yang paling utama, mengikut Syarat dan Peraturan diatas. Cara penggunaan bahasa, cara penyampaian bahasa dan keberkesanan penyampaian di ambil kira untuk menjadikan anda seorang penulis review yang terbaik.

Cadangan & Komen

Anda mempunyai sebarang cadangan, bantahan serta komen, sila kemukakan di ruangan komen dibawah.

Tarikh Tutup Pertandingan Review

15 Julai 2009 – pemenang akan diberitahu melalui post terbaru blog ini dan review yang terbaik akan di siarkan.

{ 27 comments… read them below or add one }

Adney June 16, 2009 at 3:44 pm

Macam best je.. hehe

Reply

Azah June 16, 2009 at 4:14 pm

hoho…bestnya..
tapi aku x berbakat dalam mana2 contest..
blh bg soalan bocor x?

Reply

Baloot MX June 16, 2009 at 4:30 pm

@adney: Boleh join pertandingan review ni Adney.. Hadiah lumayan tu, RM200. Bukannya lumayan sangat, tapi ianya cukup untuk menampung hosting dan domain setahun. :D

@azah: Soalan bocor? Ada, memang ada pun soalan bocor ni Azah. Tip-tip boleh tengok kat http://pakejdvd.com/grafik Hee.. Kalo tak pandai tulis review, tulis je setakat yang termampu. Mana tahu, boleh dapat DVD percuma sebagai hadiah bonus.

Reply

ecard June 16, 2009 at 11:44 pm

memang lumayan hadiahnya tu . mai la join. tulis je.

ecard’s last blog post..Father’s Day Gift

Reply

Baloot MX June 17, 2009 at 1:08 am

@ecard: Lumayan jugak la tu kan Paklong.. Paklong nampaknya teruja dengan hadiah wang tunai tu kan. Bukan ape, duit jugak kan. Walaupun cket, tapi kira OK la. Hee… Thanks for review Paklong..

Reply

mohdisa June 17, 2009 at 4:55 am

lumayan hadiah dia ni. aku nak join gak la cam ni. hehe

mohdisa’s last blog post..Blogger Boy Episod 3

Reply

Maizul June 17, 2009 at 3:32 pm

Wang tunai Rm200 lumayan tu baloot. Untung la siapa dapat menang pertandingan ni.

Reply

Active Blogger June 17, 2009 at 11:49 pm

hehe dah tukar tarikh xpired… aku punya review tak link ke post nie… nak kena betulkan balik ke…

Reply

Iqone_Dinie June 18, 2009 at 1:30 am

huhu..pe kabo baloot…salam kenal…hihi..nie baru 1st time masuk n komen kat sini.hehe…wah..ade kontes ler…leh join x nie??ade can x lagi tuk aku join nie..nak try test power gak nie hihi….

Iqone_Dinie’s last blog post..6 Tip Untuk Memotivasikan Diri..

BALOOT: Salam kenal dari aku jugak.. Selamat datang ke Baloot’s Blog. Hee. Pertandingan review ni masih lagi di-buka. Setiap review yang di-tulis akan dapat hadiah bonus. Sebagai tanda terima kasih untuk tulis review tu.. Takde la rasa penat sangat kan kalo ada Bonus percuma.. :D

Reply

mohdisa June 18, 2009 at 3:16 am

bila tah aku nak wat review benda ni…ades…

mohdisa’s last blog post..PC Fair Datang Lagi

Reply

Baloot MX June 18, 2009 at 3:47 am

@Active Blogger: Dah tukar tarikh atas permintaan ramai.. Hee.. Kalau boleh, link ke post ni. Senang nak cek trackback post yang dah buat review. Takot ada yang tertinggal.

@MohdIsa: Jangan pikir lama2 bro, buat je. Ada hadiah saguhati untuk setiap review yang dibuat, iaitu ebook 1000 Photoshop Tutorial.

@Maizul: Yup, hadiah wang tunai RM200 untuk review yang terbaik. Hee.. Apa lagi, jom tulis review. Dapat hadiah bonus jugak selepas tulis review.

Reply

Roshidan June 18, 2009 at 7:57 am

Aku memang suka bab reviewme’review’ ni, tapi yang pendek-pendek dan yang aku pilih saja . Dah banyak site yang dah aku review kat linkreferral.com, tapi tengoklah dulu… sebab aku selalu sibuk… Lumayan juga tu..

Roshidan’s last blog post..Tokoh Ma’al Hijrah (New Year Personality)

Reply

ijamidayu June 18, 2009 at 8:12 am

Join jgn taK join.. Komen jer produk bro kita nie..

Tapi positif jer diterima… :)

ijamidayu’s last blog post..Tujuh Situasi Yang Menyebabkan Anda Di Scam

Reply

ecard June 18, 2009 at 10:06 am

RM200 tu , boleh bayar 2 bulan bil internet . Selamat meriview semua.

ecard’s last blog post..Father’s Day Gift

Reply

Baloot MX June 18, 2009 at 6:05 pm

@IjamIdayu: Review sekarang dah bebas. Bukan lagi Review positif. Hee.. Aku bagi kelonggaran untuk buat review. Pastu dapat hadiah bonus lagi.. :)

Reply

aktechpage.com June 21, 2009 at 1:30 am

Salam kenal baloot…
ore kelate ko???
duk kelate ko loni??

Aku rasa nk masuk lah pertandingan ini…macam best je…
hadiah pun menarik….
bole uji kreativiti aku ni..hehehe…

aktechpage.com’s last blog post..Selepas 5 Bulan Menyertai CBC (RM1090 terkumpul)

Reply

Baloot MX June 21, 2009 at 2:38 am

@AktechPage.com Salam kenal jugak Akmal aka AktechPage. Ore kelate la kawe nih.. duk kota bharu.. Demo duk pasir mas kat mana?

Jom masuk pertandingan review ni. senang je, review bebas. leh buat positif n negatif. mana2 yg demo rasa selesa.. hadiah wang tunai RM200 tu.. hee..

Reply

aktechpage.com June 22, 2009 at 2:40 am

@Ballot MX : ooo org KB, duk stay kt KB la loni??…kalu tidak bole jupo minum2 … ganah web demo ni, otai Joomla & Wordpress ni, bilo kawe berguru dgn demo :).
Kawe pasir mas kt kg. lemal…..insya allah….tgh wat draft lg Review produk demo ni…heheheh

aktechpage.com’s last blog post..Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009

Reply

Baloot MX June 22, 2009 at 3:18 am

@AktechPage.com: Duk KB la loni. Sebulan sekali g KL/JB jumpo client. Hee.. Buleh jah jupo demo.. Tapi malam la bos. Siang kawe jarang keluar lepak2 ni.. Demo contact kawe guna Contact page kat blog ni.. Bagi no hp demo. Nanti kawe bgtau demo no kawe lak.. :D

p/s: Kawe tak otai mana pun Joomla n Wordpress ni.. cket2 jah.. hee

Reply

aktechpage.com June 26, 2009 at 4:16 pm

OK, kawe submit doh no HP kawe kt form contact blog demo…
Malam ok je…..sbb kawe pun kijo malam2 gak…
Jadi Batman ….. :) hehehehe

aktechpage.com’s last blog post..Jiwang Warez – Jiwang.WS

Reply

Baloot MX June 27, 2009 at 3:32 am

Orait bos. Kawe save doh no hp demo. Thanks.. Ada masa nanti boleh la jupo lepak2 pekena teh tarik. Haha

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: