Berapa Harga Laman Web Untuk Korporat / Syarikat / Persendirian?

by Baloot MX

in Business

harga laman web korporatBerapakah harga sebenar untuk sebuah laman web korporat / laman web syarikat? Jawapannya: Bergantung kepada fungsi di dalam laman web tersebut. Harga sesebuah laman web bermula dari ratusan ringgit sehingga mencecah puluh ribu ringgit. Kali ini aku ingin berkongsi dengan anda semua berapakah harga laman web dan apakah fungsi yang menyebabkan sesebuah laman web itu mahal.

Sesebuah laman web itu di-kira mahal sekira-nya mempunyai ciri-ciri:

Tidak Mesra Pengguna

Laman web tidak mempunyai fungsi yang mesra pengguna. Tidak mempunyai menu utama atau jika ada, berada di kedudukan yang tidak sepatutnya. Pelawat mengambil masa yang lama untuk mencari fungsi di laman web tersebut. Sebagai contoh laman web korporat; tidak mempunyai menu untuk ke halaman produk, servis, berita terkini etc.

Lambat Loading

Laman web penuh dengan gajet dan gambar-gambar yang resolusi besar dan tidak sepatutnya ada di muka utama. Sebuah laman web korporat sepatutnya mempunyai jumlah masa loading yang sedikit. Pereka laman web perlu optimize setiap gambar di laman web tersebut supaya loading laju. Cek loading time web anda disini.

Susah Untuk Edit / Tambah Artikel (Content)

Sebaik sahaja sebuah laman web korporat siap, anda hendak-lah mempunyai setiap akses untuk laman web seperti hosting, cara menambah artikel, tambah gambar dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan design. Ini penting untuk anda menyampaikan berita terkini tentang syarikat anda kepada pelawat (contoh-nya jika syarikat anda mempunyai produk baru, atau majlis baru dan mempunyai galeri gambar).

Untuk menambah artikel, ia sepatutnya semudah menggunakan MS Word. :)

Susunan Gambar dan Artikel Tidak Kemas

Jenis laman web korporat sepatutnya mempunyai susunan gambar dan artikel yang kemas. Tidak mempunyai iklan yang agak ‘menyakitkan’ mata (flashy ads). Laman web anda sepatutnya fokus kepada servis syarikat anda. Contoh design yang kemas boleh lihat pada page Corporate Website Design.

 Design Yang Tidak Sesuai Dengan Konsep Syarikat

Jika syarikat anda sebuah laman web korporat (contohnya menjual baju kemeja), design laman web anda perlu berkonsepkan kemas dan simple. Warna juga memainkan peranan. Untuk laman web syarikat hiburan, design anda perlu nampak lebih menarik dan warna-warni (tetapi tidak menyakitkan mata), contohnya seperti laman web radio Sinar FM.

Merumitkan Pelawat Mencari Web Di Enjin Carian

Setiap web yang di reka bentuk oleh pereka laman web (web designer) WAJIB berada di Google search engine. Sekiranya laman web anda tiada, maka anda perlu beritahu kepada pereka laman web anda. Perkara ini penting untuk anda mendapatkan pelanggan di masa hadapan.

Tidak Mempunyai Fungsi ‘Mailing List’

Setiap laman web korporat hendaklah mempunyai fungsi newsletter. Ini penting untuk anda mendapat pelanggan baru dan pelanggan dapat berita terkini daripada laman web anda. Perkara biasa yang anda boleh simpan untuk newsletter ini, Nama dan Email pelawat laman web anda. Anda boleh menawarkan Ebook Percuma atau sebarang perkara yang percuma (sebagai penarik minat pelawat) sekiranya pelawat melanggan newsletter anda.

Tidak Mempunyai ‘Guarantee’ Untuk Laman Web

Maksud guarantee disini bukanlah ‘money back guarantee’. Laman web tidak mempunyai jaminan pulangan wang. Tetapi mempunyai jaminan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan design dan anda berhak meminta pereka laman web anda mengubah design mengikut citarasa anda atau mengikut design yang terkini.

TIPS: Pereka laman web perlu mempunyai idea tentang konsep design terkini dan ‘match’ dengan ‘nature business’ pelanggan mereka. Idea pelanggan hanyalah 40% tentang konsep design, selebihnya perlulah daripada pereka laman web sendiri.

Tidak Mempunyai Tempahan Online

Sekiranya laman web anda memerlukan tempahan secara online, pastikan ianya berfungsi 24 jam 7 hari seminggu. Ini kerana pelanggan anda perlu mempunyai kebebasan masa untuk membuat tempahan.

Setiap design laman web yang bagus perlu mempunyai design web dan design graphic yang bagus. Anda hendaklah memilih pereka laman web yang mahir dalam kedua-dua perkara ini. Pastikan anda membuat perbandingan setiap quotation yang anda dapat daripada beberapa pereka laman web dan nilai sendiri portfolio mereka. Jika anda berkenan dengan portfolio mereka, pasti anda akan berpuas hati dengan laman web akan datang anda.

Ingin berkongsi pengalaman anda dalam mencari pereka laman web? Tuliskan pengalaman anda pada ruangan komen dibawah. :)

Purata Harga Sesebuah Laman Web Mengikut Kategori

Blog: RM 500 dan keatas

Laman Web Company (Persendirian): RM 1,200 dan keatas

Laman Web Company (Korporat): RM 2,500 dan keatas

Laman Web Ecommerce: RM 1,800 dan keatas

{ 29 comments… read them below or add one }

Syukri Tahir November 20, 2011 at 10:41 pm

Hmm.. memang betul.. utk korporat simple dah cukup.. asalkan userfriendly, mudah dan senang pelawat nk lawati..

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 7:45 am

Apa yang leceh kadang2 web korporat ni dorang nak sistem. Tapi taknak bayar lebih. Sbb nya, tak faham yang harga sistem ni agak mahal. Hehe. So far setakat ni takde lagi korporat yang leceh2 kecuali web gov. Hahaha.

Reply

abemogi December 5, 2011 at 7:28 pm

Info yang sempoi tapi lengkap…
saya guna servis dari baloot ni,saya berpuas-hati,servis selepas siap Terbaik!!!!!!

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 10:07 am

AbeMogi; Terima kasih Abe.. :)

Reply

titan December 6, 2011 at 3:29 pm

hoho..salah satu tips yang patut ramai pembuat laman web tau. terutamanya dari segi harga. :)

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 7:47 am

Titan; Betul tu. Pereka laman web sekarang main hentam saja harga. Jadi rosak harga market dan web designer tak boleh cari makan dah. Kdg2 student yg dapat buat web simple caj harga RM 100. Bagi dorang dah besar harga tu. Cuma dapat la beza kualiti hasil keje student dgn yg professional tu. Hehe.

Reply

ohcikgu December 7, 2011 at 9:26 pm

kalau web sekolah-sekolah ni biasanya berapa kena ye?

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 8:06 am

OhCikgu; website sekolah ni average harganya lebih kurang RM 3.5k – RM 5k termasuk sistem login utk cikgu dan murid buat perbincangan (forum) dan e-learning sistem (download kertas peperiksaan).

Reply

bukit gambang December 8, 2011 at 7:06 am

banyak benda lagi tak tau ni sebab ikut orang je ade blog kita pun nak buat blog juga, kena belajar dari tuan lagi ni.

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 9:23 am

BukitGambang; Biasa la tu bro. Sekarang ni hampir semua orang ada blog kalau ada FB. Design blog pulak macam2 ada. Kalau yang nak blog business tu baru kena design yang professional. :)

Reply

shraqs December 8, 2011 at 2:49 pm

Baru2 ni ada la jugak tolong settlekan kontrak org rumah pasal laman web syarikat diorang la (tak dapat la nak bgtau nama syrkt). Nak tau brape nilai kontraknya? RM6.4 juta

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 9:37 am

Shraqs; Macam mana tu bro? Aku tak faham sangat maksud tu. Hehe. Nilai laman web ke RM 6.4 juta tu??? Huhu..

Reply

Amirez December 12, 2011 at 8:04 am

owh, ini rupanya rate harga utk web. maknanya selama ni aku kenakan caj yg sgt rendah. leceh jugak dgn client, nak web yg hebat2 tapi bayarnya nak murah.

thanks baloot sudi kongsi pasal ni

Reply

Baloot MX December 12, 2011 at 9:44 am

Amirez; Terima kasih bro sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni. Hehe. Boleh caj harga murah untuk client yang low-budget, tapi kalau boleh jangan lah murah sangat. Nanti rosak harga market website design pulak. Aku pun ada jugak caj yang murah. Tapi untuk repeat-customer la.

Maksud harga murah untuk laman web company lebih kurang RM 800. Biasanya aku tak caj murah daripada tu. Hehe. :)

Reply

nizamghazi January 8, 2012 at 9:22 pm

Salam, nice blog (:
Sy consider baloot ni seorang experience web designer.
Sbb dah tahu rate harga tuk setiap kategori secara detail.
Sy masih newbie.

Kadang end users selalu fikir harga yang murah2 je. Mungkin dorang kurang pendedahan . Cian kepada web dev/designer kan :)

Reply

Baloot MX January 11, 2012 at 8:05 pm

NizamGhazi: Terima kasih bos.

Rate harga tu adalah average harga website di Malaysia ni. Kalau kat oversea jauh lebih mahal sbb kos sara hidup tinggi dan permintaan design web adalah professional.

Harga laman web utk professional biasanya bermula RM 3,500 untuk syarikat. :)

Reply

shafaric January 20, 2012 at 11:58 pm

Camne nak tahu value sesebuah website tu? Katakan lah ade seseorang nak jual website dia dengan harga RM5,000 … Camne kita nak nilaikan ia berbaloi atau tidak?

Reply

Baloot MX January 21, 2012 at 11:01 am

Kalau website yang sudah siap nak dijual dengan harga RM 5,000, keuntungan yang dijana oleh website tu setiap bulan lebih daripada RM 1,500.

Kalau website yang belum siap dan baru nak buat, web designer caj harga RM 5,000, pastikan ciri-ciri website tu adalah vise versa diatas. Kalau saya harga website RM 5,000 ni sudah cukup lengkap dengan pembayaran online, online marketing (Adwords, Facebook Ads). Untuk senarai servis saya boleh ke page:

http://balootisme.com/services/

Reply

Adam April 8, 2012 at 6:14 pm

Terima kasih untuk perkongsian. At least semua jelas tentang harga, tapi macam mana pulak dengan kontrak? Selalunya apa kena ada untuk mengesahkan kita adalah developer dan apa yang boleh dan tak boleh sepanjang dan selepas laman web dibina. :)

Reply

Baloot MX April 9, 2012 at 5:14 pm

Adam: Biasanya untuk penambahan dari segi content boleh buat FOC je kalau sikit. Kalau banyak ada caj, boleh caj per pages content tu. Pages dlm MS Word.

Kalau penambahan sistem, mesti ada caj lebih. Dalam quotation sudah ada apa yang akan dibuat pada laman web tersebut. Jadi kalau customer nak tambah lagi, kena tambah duit la. Hehe.

Reply

Zaili September 8, 2012 at 8:39 pm

Ballot: Saya ada masalah skit, sekarang ni tengah cari projek tapi x berapa maju lagi biz…cume ada sorg client ni, just nk buat website 1 page sekali dengan borang pendaftaran n domain biasalah. tapi budget nak murah, die mntak 200, saya bagi sbb content x byk sgt, tapi bila lepas tu byk pending info dari pihak die, dah mntak tapi lepas seminggu baru bgi dengan gambar semua..

Sekarang ni dah 2-3 hari sy kena travel ke kawasan dia utk siapkan website die smpai tengah mlm, bila sy hntr invoice utk extra charge petrol, website editing ke site (10/per hour)..semua sy letak just 90 jer..tapi x nak byr sbb kata nak siapkn cepat website jer

Saya mmg x puas hati gak la, kita nk tlg org melayu ..die kata biz lumayan sbb hartanah, x kan x bleh byr kan…

Reply

Baloot MX September 9, 2012 at 2:34 am

Biasanya saya jarang ambil projek yang under-budget macam gitu. Biasanya saya akan terima projek laman web yang RM 1k dan keatas sahaja.

Kalau minta pendapat saya, terangkan lebih lanjut kepada customer. Buat perbandingan harga dengan laman web saya pun boleh, http://balootisme.com/services

Kalau orang korporat macam ni, kita akan minta deposit 50% dahulu untuk buat website. Selepas siap baru bagi balance 50%. Kalau dia tak setel balance tu, shut down dorang punya website. :)

Reply

Asan September 24, 2012 at 3:01 pm

Terima kasih atas pencerahan saudara.

Maaf, saya ingin bertanya berapakah harga yang patut kita tetapkan untuk pembinaan laman web agensi kerajaan, contohnya seumpama jkr.gov.my?

T.kasih.

Reply

Baloot MX November 11, 2012 at 11:37 am

Asan: Biasanya kalau web induk harga agak mahal. Bergantung kepada sistem yang kita buat. Harga yang pasti more than RM50k. Kalau website gov yang negeri punya, range harga yang saya biasa bagi quotation RM15k – RM 30k. Juga bergantung kepada sistem yang dorang nak. Kalau takde sistem, hanya design website sahaja dan ikut kriteria2 yang wajib, harga lebih kurang RM15k – RM20k.

Reply

zaili October 2, 2012 at 3:38 pm

Kalau kita dh bagitau company tentang unpaid charge, kita dh suruh bayar + denda lewat RM10, tapi die kata x nak byar, so saya bagitau akan tutup domain dalam masa 3 minggu klau x bayar the whole amount, tapi die sendri yang suruh close domain tu… dikira kita kena byar balik or x? sebab die sendri yang nak tutup?

Reply

Baloot MX November 11, 2012 at 11:41 am

Zaili: Kalau dia sendiri yang nak tutup, so tutup je la. Rugi cket la dapat customer macam gitu. Kalau taknak kes ni berlaku lagi, sediakan hitam putih sebelum mulakan projek. So kalau customer tak bayar, boleh bawa bicara ke mahkamah. Boleh saman dorang. :)

Reply

Im December 16, 2012 at 4:19 pm

Kadang kala nak up tetibe lak customer cakap..bro gua baru nak start business ..boleh kurang lagi tak…
alahai kiter lak yang jadi kesian …ada nasihat tak dgan diriku yang mudah kesian kat customer neh ahha

Reply

Baloot MX December 16, 2012 at 5:03 pm

Im: Nama web bro pun PEMBUAT WEB MURAH. Sebab tu semua customer yang bro dapat tu nak yang murah je. Semua budjet ciput. Tukar nama PEMBUAT WEB PROFESSIONAL. Baru harga lebih tinggi boleh letak. :)

Reply

Im December 16, 2012 at 5:17 pm

Hahah bagus idea tu.. bak kata ustz azhar..kemah keming..:)

Leave a Comment

Previous post:

Next post: