About Me
Last update: January 2010
Aku tahu, kebarangkalian visitor blog menjenguk ke page About Me ni sebenarnya amat jarang. Hanya segelintir sahaja yang berminat untuk mengetahui siapakah blogger yang ayat berterabur ni. Tak tersusun langsung. Haha.
Thanks sebab berjaya jengukkan diri tu ke page ni. OK, sekarang ni aku nak bercerita tentang diri aku sket. Bapa aku yang memberi nama aku Wan Muhammad Iqbal Hakim. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Anak jati Kelate ni, membesar & sekolah kat sini. Member2 aku panggil aku BALOOT. So, korang pun boleh panggil aku ngan nama tu je. Hee..
Kemahiran
Aku boleh develop websites menggunakan platform Joomla dan WordPress. Kalau nak websites jenis kedai online, aku develop guna platform Magento, Joomla + Virtuemart, Interspire. Antara kemahiran aku:
- Joomla
- WordPress
- Adobe Photoshop
- Adobe Illustrator
- Adobe Photoshop Elements
- Adobe Photoshop Lightroom
- Adobe Dreamweaver
Lokasi
Aku tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Dan biasanya akan ke KL dan tinggal di Kajang pada waktu-waktu tertentu untuk buat projek laman web pelanggan. Aku biasanya akan ke KL 1 – 2 bulan sekali untuk berbincang mengenai projek akan datang atau yang lepas dengan pelanggan.
Pengalaman
Aku amat minat dalam bidang kerja men-design menggunakan Adobe Photoshop dan buat laman web menggunakan platform Joomla atau WordPress. Berpengalaman selama lebih kurang 3 tahun dalam HTML dan 2 tahun menggunakan Adobe Photoshop. Aku rasa ini tidak cukup lagi nak gelarkan PROFESSIONAL. Haha.. Aku tak kisah pun dengan gelaran apa-apa, asalkan aku tahu apa yang aku buat dan tahap mana yang aku mampu buat. :)
Antara tajuk-tajuk perbincangan di Baloot’s Blog:
Sekarang…
Buat masa ini, aku merupakan Full time Web Developer dan Graphic Designer. Dan blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi pengalaman serta ilmu-ilmu yang baru dalam bidang Web Development serta Graphic Design. Aku harap blog ini dapat membantu anda semua dalam membina sebuah laman web yang lebih professional serta lebih menarik.
Anda ingin tempah laman web? Hubungi Baloot.
Rakan Kongsi
Anda ingin menjadi rakan kongsi bersama dengan Baloot? Apa yang diperlukan hanyalah meminati bidang Web Development serta Graphic Design sahaja serta sedikit basic dalam mengendalikan laman web. Bukan seorang yang ZERO. Tak perlu tunjukkan DIPLOMA, DEGREE atau SIJIL anda. Apa guna mempunyai DEGREE di dalam bidang Graphic Design tetapi tidak mempunyai minat yang bersungguh-sungguh.
Apa yang aku pentingkan hanyalah PASSION, bukannya hangat-hangat tahi ayam…
Jom Lepak Dengan Baloot
Aku selalu aktif dalam forum Digital Point, Warrior Forum, WangCyber, Forum Cari, CariGold, & NoGold. Kalau korang ada Social Network, boleh la add aku.
Seterusnya –> Langgan RSS Feed Baloot’s Blog dan berpeluang mendapat hadiah BONUS dan eBook Tutorial Joomla 1.5.
Kalau korang nak kenal aku, tengok la kat gambar bawah ni. Yang kepala BOTAK tu la aku. Haha… (sekarang dah ada rambut sikit sebab lama tak cukur dah)..
Kiri --> Mizi, Shuck, Baloot
Salam perkenalan dari aku untuk semua pembaca blog ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana berjaya menjejakkan diri ke blog aku yang tak berapa best ni. Aku bukan otai & aku hanya manusia biasa. Harap dapat tunjuk ajar daripada semua. Peace!







